• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hazami Terpaksa Jaga Makan Selepas Jatuh Sakit

oleh Ahmad Albab
17/01/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI Hazami memberitahu dia lebih mengambil berat soal pemakanan selepas berhadapan dengan masalah usus berdarah sejak lebih setahun lalu.

Hazami atau Norkamal Hazami Ahmad, 42, berkata, dia perlu memastikan makanan yang dimakan perlu dimasak sepenuhnya.

“Sejak jatuh sakit saya perlu jaga pemakanan, yang penting ialah makanan yang seratus peratus masak. Sebab itu saya lebih suka memasak di rumah kerana saya tahu makanan itu sempurna ataupun sebaliknya.

“Selain itu, saya perlu elak mengambil makanan bercili, makanan laut dan daging,” ujarnya kepada mStar Online.

Tambahnya, dia juga perlu menjaga tidur dan masa rehat secukupnya agak penyakit tersebut tidak mudah berulang.

Dalam pada itu, bercerita tentang perkembangan lain Hazami berkata, dia mempunyai banyak perancangan yang tertangguh disebabkan masalah kesihatannya itu.

Tambahnya, sempena tahun 2017 ini dia merancang untuk kembali meneruskan kerja-kerja tertangguh tersebut.

“Sebenarnya saya banyak perancangan untuk keluar album, penggambaran klip video, showcase dan macam-macam lagi.

“Tapi semua terpaksa dibatalkan selepas saya sakit. Album saya itu seperti sudah terlambat dan saya teragak-agak untuk keluarkan atau tidak.

“Saya berharap sangat tahun 2017 ini menjadi masa untuk saya laksanakan rancangan-rancangan tersebut satu persatu,” ujarnya. – mStar Online

Tags: Hazamipenyanyi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

“Ia Buat Saya Gila” – Luah Sakinah Bila Wajah Jerawat

Next Post

3 Sesat Di Bukit Cerakah Ditemui Selamat

Related Posts

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

21/12/2024
0

NARATHIWAT: Penyanyi dikir barat dari Kelantan yang didakwa ditahan bersama 6,000 pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok dekat...

32 Penyanyi, Pemuzik Saman PRISM Berhad

32 Penyanyi, Pemuzik Saman PRISM Berhad

13/09/2022
0

SHAH ALAM: Seramai 32 penggiat seni merangkumi penyanyi dan pemuzik memfailkan satu notis usul berserta afidavit bagi mendapatkan kebenaran Mahkamah...

Next Post

3 Sesat Di Bukit Cerakah Ditemui Selamat

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd