Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

Peng Soon-Liu Ying Raih...

GOLD COAST - Beregu campuran badminton negara Chan Peng Soon-Goh Liu Ying meraih...

Dewan Rakyat Kecoh Komen...

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat kecoh selepas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri,...

Jurutera Malaysia Masih Ditahan...

KUALA LUMPUR – Jurutera sivil warga Malaysia Richard Lau yang ditahan di Dubai...

Gadis Dirogol Kali Kedua...

INDIA – Malang berganda. Itu yang menimpa seorang remaja berusia 17 tahun apabila...

Hanez Suraya Fail Permohonan Cerai

PERSOALAN mengenai nama pelakon Hanez Suraya dan suaminya, Romie Razin yang tersenarai dalam kes MAL di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam akhirnya terjawab.

Dikhabarkan, pelakon Autumn Di Hatiku ini telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya yang berusia 37 tahun di mahkamah hari ini.

Bagaimanapun, Hanez, 32 tidak hadir ke mahkamah dan membuat permohonan tersebut menerusi peguamnya.

Namun, Hanez dilaporkan masih bertindak ‘berdiam’ diri dan sehingga kini tiada penjelasan berhubung perkara terbabit.

Baca: Nama Hanez & Suami ‘Muncul’ Di Mahkamah Syariah?

Pergolakan rumah tangga Hanez pernah menjadi liputan meluas beberapa bulan lalu namun dikhabarkan pasangan itu dipercayai cuba mencari jalan penyelesaian termasuk bercuti bersama di Jepun baru-baru ini.


Difahamkan, Hanez pernah meluahkan keinginannya untuk kembali aktif berlakon awal tahun ini namun suaminya tidak memberi keizinan untuknya kembali ke dunia hiburan.

Pasangan yang diijabkabulkan pada 25 Mac 2015 itu dikurniakan seorang anak perempuan, Puteri Aleesya, 13 bulan. – MYNEWSHUB.CC

Kategori