• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Go SPRM Go: Perangi Rasuah Habis-Habisan

oleh Ahmad Albab
06/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

DI negara ini, usaha memerangi rasuah antara isu yang sering menerima reaksi sinikal. Masyarakat secara umum masih dihasut untuk beranggapan: Usaha memerangi rasuah hanya kempen semata-mata.

Malah, setiap kali tangkapan dibuat, tindak-balas awam selalunya: “Tangkap bilis, jerung bebas!”

SPRM berusaha keras memastikan perang terhadap rasuah diteruskan. SPRM dalam era kini, agresif dalam bertindak. Apa lagi ketika imej dan reputasi institusi itu, sengaja diperlekeh dan dicemarkan dengan isu 1MDB.

Apa saja usaha SPRM lakukan sejak isu itu, sengaja dijadikan kontroversi. Penjahat sosial dengan niat jahat akan menghasut orang awam supaya bersikap skeptikal.

Penjahat sosial sering memburukkan imej SPRM dengan tuduhan gagal menangani isu utama negara. Rasuah tidak boleh dibiarkan berlaku hanya kerana persepsi awam terhadap 1MDB.

SPRM tidak sesekali membiarkan institusi penting dalam perang menentang rasuah itu, dibiarkan lumpuh begitu sahaja. Rasuah tidak boleh diabaikan hanya kerana tekanan persepsi awam.

Inilah kehebatan SPRM.

Setelah menggemparkan negara dengan tangkapan isu Watergate di Sabah membabitkan RM65 juta tahun lalu, SPRM melangkah dan terus melangkah.

Hari ini satu lagi skandal besar didedahkan. Ini kejayaan terbaharu SPRM dan sekali lagi melibatkan siasatan terhadap penjawat tinggi kerajaan berjawatan Ketua Setiausaha Kementerian.

Hasil penemuan dalam serbuan kelmarin juga mengejutkan: SPRM merampas RM3 juta dalam bentuk jongkong emas dan wang tunai.

Selain serbuan, SPRM turut agresif dalam memberi peringatan kepada penjawat awam. Terutama yang bos-bos. Jangan asyik ke luar negara dan bermain golf dengan individu yang mempunyai kepentingan perniagaan dengan kementerian. Paling daring: Jangan ada perempuan simpanan.

Amaran ini tanda SPRM tahu demografi dan psikografi penjawat awam yang kuat makan rasuah. Justeru, kita tabik. Malah, kita harap SPRM kekal agresif. Bongkar dan tangkap.

Jadilah juara rakyat dalam usaha memastikan hasil dan sumber negara tidak lenyap dalam urusan rasuah. Kita yakin, lebih banyak keberanian akan dilakukan SPRM.

Kita sudah lama mencegah, malah sudah jemu pun. Ini masa SPRM bertindak. Tangkap dan seret ke mahkamah. Biar trak Black Maria bersesak-sesak dan mahkamah penuh dengan perasuah.

Ini masa kita bertindak. Lakukan secara perundangan. SPRM juara rakyat yang mesti adil pada semua. Kita negara berdaulat yang berteraskan undang-undang.

Di negara jiran, perasuah akan dibawa naik helikopter sebelum akan ditendang keluar dari udara dan jatuh bumi. Ini ikrar Presiden sendiri. Nyata, begitulah tahap betapa marahnya dunia pada rasuah. – mynewshub.cc

Tags: Kes RasuahSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd