• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Galak Golongan Muda Ceburi Pemandu Bas Ekspres

oleh Ahmad Albab
10/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan menggalakkan lebih ramai golongan muda menceburi kerjaya sebagai pemandu bas ekspres, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri.

Beliau berkata ini kerana majoriti pemandu bas ekspres di negara ini adalah golongan berusia dengan purata umur 40 tahun dan ke atas.

“Belum ada had (umur) untuk pemandu, saya terkejut ada yang sebut mengenai had umur kerana saya tak pernah nyatakan perkara itu,” katanya kepada pemberita selepas melawat Kompleks Rapid Bus Cheras Selatan dekat sini, hari ini.

Katanya seruan itu adalah susulan dakwaan orang ramai bahawa terdapat syarikat bas yang menggajikan pemandu yang telah berusia dan berkemungkinan agak sukar untuk mereka memandu bagi perjalanan jauh.

Dalam pada itu, Nancy berkata beliau melihat yuran untuk mendapatkan lesen pemandu bas adalah tinggi dan ini menyebabkan golongan muda tidak berminat untuk menjadi pemandu bas.

“Apa yang tidak menggalakkan orang muda untuk menjadi pemandu bas ialah kos untuk mendapatkan lesen sekitar RM2,000… Mungkin kita boleh kurangkan yuran atau menggabungkan yuran itu ke dalam latihan mereka sebagai pemandu bas,” katanya.

Beliau berkata perkara tersebut akan dibincangkan semasa Makmal Bas yang bakal berlangsung pada pertengahan bulan hadapan.

Makmal itu akan dilaksanakan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dengan kerjasama pakar, agensi berkaitan dan pihak berkepentingan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan, keselamatan serta kemampanan industri bas.

Nancy berkata antara perkara yang akan dibincangkan selain had umur ialah kadar tambang bas dan pemasangan peranti had laju di dalam bas.

Turut hadir semasa lawatan itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad Datuk Seri Azmi Abdul Aziz dan Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus Sdn Bhd Zulkifli Mohd Yusoff. – BERNAMA

Tags: bas ekspresDatuk Seri Nancy Shukri
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pengusaha Nikmati Faedah Selepas Kelapa Jadi Komoditi

Next Post

Kemajuan Melaka Mesti Disertai Dengan Pengisian

Related Posts

28 Selamat, Bas Ekspres Rempuh Belakang Treler Di Maran

28 Selamat, Bas Ekspres Rempuh Belakang Treler Di Maran

10/06/2025
0

Maran: Sebuah bas ekspres membawa 28 penumpang terbabit dalam kemalangan apabila melanggar belakang treler di Kilometer 161.5 Lebuhraya Pantai Timur...

Tiga Maut Bas Ekspres Bertembung Kereta

Tiga Maut Bas Ekspres Bertembung Kereta

30/05/2025
0

KUALA KRAI: Tiga maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dan Perodua Myvi di Jalan Kuala Krai-Gua Musang di Kampung...

Next Post

Kemajuan Melaka Mesti Disertai Dengan Pengisian

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd