• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fulsal AFF: M’sia Mara Ke Separuh Akhir, Belasah Laos 13-1

oleh AK-47
24/01/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia mengesahkan tempat ke separuh akhir Kejohanan Futsal Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) selepas berpesta gol membelasah Laos 13-1 pada aksi kedua Kumpulan B di Stadium Tertutup Huamark, Bangkok, hari ini.

Penyerang negara, Mohd Ridzwan Bakri sekali lagi mencuri tumpuan apabila jaringan hatriknya pada babak pertama memastikan pasukan negara meneruskan rentak kemenangan selepas berjaya mengatasi Indonesia penuh dramatik 6-5 pada aksi pembukaan semalam.

Skuad futsal Harimau Malaysia bermula garang sebaik permainan bermula dengan berjaya menyumbat lima gol dalam tempoh 10 minit terawal permainan menerusi Akmarulnizam Idris pada minit pertama diikuti Khairul Effendy Bahrin (minit kedua), Ridzwan (7′ dan 9′) dan Abu Haniffa Hassan pada minit ke-10.

Malaysia terus menambah derita Laos lima minit sebelum babak pertama berakhir menerusi Abu Haniffa pada minit ke-16 sebelum Ridzwan melengkapkan jaringan hatrik beliau seminit kemudian untuk menjadikan kedudukan 7-0.

Babak selepas rehat menyaksikan penguasaan Malaysia diteruskan apabila berjaya meledak enam gol masing-masing menerusi Khairul Effendy pada minit ke-23 diikuti Azri Rahman (24′), Syed Aizad Daniel Syed Nasir (29′), Akmarulnizam (32′), Awaluddin Hassan (36′) dan Awalludin Mat Nawi pada minit ke-40.

Laos, yang merupakan pasukan ranking ke-108 dunia, berjaya menjaringkan gol saguhati menerusi penyerangnya, Khampa Phipakhavong pada minit ke-29.

Jurulatih negara, Chiew Chun Yong berkata beliau tidak mahu anak buahnya berasa selesa dengan kemenangan ini, sebaliknya, mahu mereka mengekalkan momentum kemenangan bila menentang Myanmar pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan esok.

“Semua tahu Laos bukan lah sebuah pasukan yang kuat jadi apa yang bagus tentang perlawanan hari ini ialah semua pemain mengikut segala taktikal serta strategi dan bermain seperti yang saya inginkan.

“Walaupun keputusan seri dengan Myanmar sudah cukup untuk menjadikan kita juara kumpulan tetapi seri tidak cukup bagus untuk saya, saya mahukan kemenangan,” katanya.

Kemenangan hari ini menyaksikan pasukan negara mengumpul enam mata dalam dua perlawanan untuk mengungguli carta Kumpulan B manakala Myanmar di tempat kedua yang turut mengumpul enam mata selepas menewaskan Indonesia 6-3 dalam satu lagi aksi peringkat kumpulan hari ini.

Sementara itu, Thailand, selaku pasukan tuan rumah dan juga juara bertahan, mengumpul tiga mata selepas membelasah Timor Leste 11-1 untuk mendahului Kumpulan A. – BERNAMA

Tags: FutsalFutsal AFF
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harimau Malaya Mara Ke Separuh Akhir Futsal AFF

07/11/2018
0

KUALA LUMPUR – Barisan anak buah Chiew Chun Yong menempah tiket ke peringkat separuh akhir Kejuaraan Futsal Persekutuan Bola Sepak...

Jangan Cepat Menghukum Pasukan Futsal Johor

13/09/2018
0

IPOH — Pasukan futsal Johor mohon peminat sukan tempatan agar tidak terus menghukum barisan pemain dan negeri itu secara keseluruhannya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd