• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

FIFA Puskas: Kedah Nak Raikan Kejayaan Faiz Subri

oleh Ahmad Albab
10/01/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Walaupun bermain untuk Pulau Pinang, namun Kedah turut berbangga dengan kejayaan Mohd. Faiz Subri merangkul Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016.

Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) dikatakan bercadang mahu meraikan kejayaan anak kelahiran Kedah ini.

“Ini kemenangan yang sangat bermakna buat negeri ini dan apa yang diperolehi oleh Mohd Faiz itu telah membuktikan kemampuan pemain kita untuk mencatat nama di peringkat antarabangsa.

“Ini satu lagi kebanggaan buat Kedah dan seluruh rakyat negeri ini termasuk saya amat berbangga dengan pencapaiannya,” kata Setiausaha Kehormat KFA, Datuk Aminuddin Omar.

Namun beliau berkata majlis bagi meraikannya bergantung kepada jadual pemain itu dan pelepasan oleh majikannya iaitu Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang.

“Kami merancang untuk mengadakan majlis meraikan Mohd. Faiz pada lusa, namun ia bergantung kepada keadaan dan masa kelapangan pemain itu.

“Seperti yang diumumkan sebelum ini, Presiden KFA, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah ingin memberi sumbangan kepada Faiz sebelum dia berangkat ke Zurich lagi.

“Namun atas faktor kekangan masa dan jadual, dia tidak dapat menghadiri program tersebut, lalu menteri besar memutuskan untuk mengadakan majlis berkenaan pada Khamis ini.

“Ini adalah tanda sokongan moral kami kepada Mohd Faiz. Walaupun dia bermain dengan pasukan Pulau Pinang, dia tetap anak jati Kedah dan apa yang dilakukan adalah untuk Malaysia seluruhnya,” kata Aminuddin.

Sementara itu peminat bola sepak Kedah yang ditemui turut berbangga dengan kejayaan Mohd Faiz.

Razak Kamal, 29, berkata beliau sudah menjangka Mohd. Faiz akan menang anugerah itu.

“Jaringannya sangat cantik dan sememangnya layak untuk menang,” katanya.

Sarida Arshad, 33, berkata beliau berharap Mohd Faiz dapat menghasilkan lebih banyak gol seperti itu di masa depan.

Azhar Mat, 45, pula berhasrat untuk menyambut Mohd Faiz apabila kembali ke kampungnya.

“Dia banggakan Kedah dan negara. Saya nak ucapkan terima kasih kepadanya nanti,” katanya. – BERNAMA

Tags: Faiz SubriFifa Puskas AwardKFA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Banjir: Polis Johor Diletakkan Dalam Keadaan Bersiap-siaga

Sumbangan RM6 Juta Dipulangkan Semula – Sanusi

07/01/2024
0

KUALA NERANG: Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa wang RM6 juta yang dikaitkan dalam isu rasuah Persatuan Bola Sepak...

Gol Goulon Sah Dicalonkan Ke Anugerah Puskas

26/06/2019
0

KELANA JAYA - Pertahanan Pahang, Herold Goulon menjadi individu kedua daripada Malaysia dihantar nama ke FIFA bagi pencalonan Anugerah Puskas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd