• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

FAM Setuju Kurangkan Hukuman Terhadap PAFA

oleh Ahmad Albab
20/01/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bersetuju untuk mengurangkan hukuman selepas meneliti rayuan dibuat oleh Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA).

Pengerusi Jawatankuasa Rayuan FAM, Datuk A. Gnanarajah berkata jawatankuasa berkenaan yang bersidang hari ini, bersetuju mengurangkan hukuman bermain tiga perlawanan tanpa penonton di gelanggang sendiri kepada dua perlawanan, kepada PAFA namun ia hanya berkuat kuasa pada 4 Feb ini.

Sehubungan itu, penonton dibenarkan menyaksikan aksi sulung Liga Super di antara Perak dan Pahang di Stadium Perak, Ipoh pada Sabtu (21 Jan), katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan FAM, semalam.

Beliau, bagaimanapun memaklumkan denda sebanyak RM47,500 yang diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM ke atas PAFA pada 2 Nov lepas, dikekalkan.

Hukuman terbaharu itu menyaksikan Perak akan beraksi tanpa kehadiran penyokong pada aksi Liga Super menentang Melaka United pada 4 Feb, selain aksi pusingan kedua Piala FA berdepan pemenang perlawanan antara Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia atau SAMB FC dari Melaka pada 15 Feb ini.

Jawatankuasa Tatatertib FAM sebelum ini mengenakan hukuman tiga perlawanan tanpa kehadiran penonton selain denda RM47,500 kepada PAFA.

Ia susulan tindakan liar penyokong Perak yang membaling botol minuman ke arah penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) sehingga mengakibatkan kes kecederaan kepada penyokong lawan pada aksi Liga Super di antara Perak dan JDT di Stadium Perak, Ipoh pada 6 Ogos lepas.

Dalam pada itu, Gnanarajah memaklumkan jawatankuasa berkenaan menolak rayuan dikemukakan pemain Sarawak, Mohd Hairol Mokhtar terhadap hukuman penggantungan dan denda yang diputuskan pada 1 Sept lepas.

Beliau berkata denda RM2,000 dikenakan ke atas pemain berkenaan, dikekalkan malahan hukuman penggantungan daripada bermain dalam kesemua pertandingan Liga Malaysia turut ditingkatkan daripada enam bulan kepada tujuh bulan.

Keputusan terbaharu itu menyaksikan Mohd Hairol yang menjalani hukuman penggantungan sejak 1 Sept lalu, hanya dibenarkan kembali beraksi selepas 31 Mac ini.

Mohd Hairol sebelum ini dijatuhkan hukuman denda RM2,000 dan digantung beraksi selama enam bulan oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM selepas didapati bersalah berkelakuan ganas terhadap pengadil perlawanan semasa aksi Piala Malaysia 2016 di antara Kedah dan Sarawak di Stadium Darul Aman, Alor Setar pada 13 Julai. – BERNAMA

Tags: FAM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Selebriti Antara 20,000 Sertai Demo Anti-Trump

Next Post

Dialog Perdana TN50 Bukti Najib Pendengar Yang Baik

Related Posts

Fitri Jadi Pengadil Pertama Dalam Sejarah Dipecat FAM

Fitri Jadi Pengadil Pertama Dalam Sejarah Dipecat FAM

16/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Sejarah baharu tercipta dalam arena kepengadilan negara selepas Fitri Maskon menjadi pengadil pertama dipecat daripada semua tugasan oleh...

FAM Ambil Tindakan Insiden Perbalahan Arif Aiman, Tommy Mawat

FAM Ambil Tindakan Insiden Perbalahan Arif Aiman, Tommy Mawat

11/11/2024
0

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) memandang serius insiden perbalahan yang berlaku antara pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi dan...

Next Post

Dialog Perdana TN50 Bukti Najib Pendengar Yang Baik

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd