• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Empat Lelaki Warga Afrika Ditahan Dalam Ops Lusuh

oleh AK-47
11/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Empat lelaki warga Afrika ditahan dalam operasi Ops Lusuh oleh sepasukan khas dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul semalam kerana gagal mengemukakan dokumen terhadap barang terpakai yang dimiliki.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP R.Munusamy berkata mereka yang berumur lingkungan 29 hingga 47 tahun itu turut ditahan kerana tidak memiliki lesen yang sah untuk menjual barang terpakai di dalam premis perniagaan di Taman City, Jalan Kuching di sini pukul 3.30 petang semalam.

“Polis telah merampas 22 jenis barang termasuk empat buah enjin pelbagai jenis kenderaan, beberapa buah laptop, televisyen LCD dan pemain DVD.

“Selain premis perniagaan, kami juga membuat pemeriksaan ke atas kedai-kedai pajak untuk mengenal pasti sebarang kecurigaan terhadap barang pajak yang dibeli oleh kedai pajak,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas perhimpunan bulanan IPD Sentul di perkarangan IPD Sentul, di sini hari ini.

Katanya polis sedang mengenal pasti sumber barang terpakai itu.

Beliau berkata pasukannya telah menjalankan operasi terhadap perniagaan barang lusuh dan mendapati banyak premis perniagaan tidak mempunyai lesen perniagaan dan melanggar peraturan perniagaan.

Munusamy berkata operasi berkenaan dijalankan sejak dua bulan lepas dengan 300 premis jualan barang lusuh diperiksa.

Kesemua warga Afrika itu direman selama 14 hari berkuat kuasa hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya kerana gagal memberi penjelasan terhadap barang yang dimiliki.

Selain itu, warga Afrika itu turut melanggar syarat-syarat pas lawatan kerana menjalankan perniagaan mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963. – BERNAMA

Tags: Ops LusuhWarga Afrika
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Serang Polis: Lagi 8 Lelaki Nigeria Ditahan

29/07/2019
0

KUALA LUMPUR - Lapan lagi lelaki Nigeria ditahan tengah malam tadi kerana disyaki terbabit dalam kes serangan terhadap anggota polis...

Wanita Ditipu RM32,498 Lelaki UK Melalui WhatsApp

31/05/2017
0

PENIPUAN kiriman bungkusan atau 'parcel scam' bukanlah satu fenomena baharu yang menjanjikan kiriman hadiah kepada mangsa terutamanya wanita. Terbaru, seorang wanita...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd