Wednesday, May 1, 2024

Creating liberating content

Mahathir Nafi Agong Sudah...

RASMI... Tun. Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan dakwaan kononnya akan berlaku penukaran penyandang jawatan...

Abu Bakar Dipindah Ke...

Jakarta - Seorang ulama radikal yang dipercayai perancangan serangan bom Bali 2002 dipindah...

Zayn Terbitkan Drama TV...

SELEPAS meninggalkan kumpulan boyband terkenal, One Direction, Zayn Malik kini sedang dalam rancangan...

Apa Sudah Jadi? Muhyiddin...

KUALA LUMPUR - DAP tidak pernah berhasrat untuk menjatuhkan UMNO melalui 'deklarasi rakyat',...

Elyana Kembali Aktif Menyanyi Semula?

SEJAK mendirikan rumah tangga, sudah jarang kita lihat penyanyi Elyana muncul di mana-mana saluran kaca televisyen termasuk akhbar tempatan. Barangkali sibuk menguruskan tugasnya sebagai isteri dan ibu.

Pun begitu, baru-baru muncul perkhabaran penyanyi lagu Tak Tercapai Dek Akalmu ini akan kembali aktif dalam industri ini.

Memetik laporan Rotikaya!, Elyana yang ditemui majlis Anugerah Era Digital Music Awards mendedahkan dia akan muncul dengan sebuah album baharu tidak lama lagi.

Menurut Elyana, album tersebut merupakan hadiah buat peminatnya.

“Saya akan keluarkan album penuh sebanyak 10 buah lagu sebagai tanda untuk saya hadiahkan kepada peminat-peminat.

“Saya tidaklah berniat untuk menyanyi balik, tapi suatu hari saya terbuka YouTube tengok komen saya rasa sedih dan sebak apabila orang mencari saya, dan menyuruh saya menyanyi semula,” katanya kepada Rotikaya.

Tambah Elyana, suaminya tidak pernah menghadkan dirinya bergiat aktif dalam industri hiburan cuma dirinya yang memilih keluarga sebagai keutamaan.


Elyana Kembali Aktif Menyanyi Semula?

Namun, Elyana memberitahu, dia akan cuba membahagikan masanya selepas ini antara kerjaya dan keluarga.

Album Elyana dijangka bakal dilancarkan pertengahan tahun ini. – MYNEWSHUB.CC

Kategori