• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Edar Ais Krim, Katil Simbol Selangor Juara Rumah Urut

oleh AK-47
26/01/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AKTIVIS masyarakat Datuk Seri Jamal Md. Yunos, sekali lagi ‘menyerang’ Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor di Shah Alam apabila kali ini tampil membawa 10 set katil.

Gimik objek ranjang itu sebagai tanda protes beliau yang juga Pengerusi Gerakan Baju Merah, terhadap akitiviti rumah urut haram yang makin bebas berleluasa tanpa kawalan sesiapa di seluruh Selangor ketika ini.

Set katil bujang berserta bantal dan cadar putih tersebut disusun begitu cantik di hadapan pintu pagar laluan masuk utama ke Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah itu kira-kira jam 11 pagi Rabu.

Setiap satu katil itu dilengkapi dengan tilam dan selimut yang ditulis dengan perkataan DAP – akronim untuk ‘Dapat Aiskrim Percuma’ manakala bantal pulam mempunyai perkataan seumpama skim ‘Rumah Urut Selangorku’.

Menurut Jamal, sehingga kini masalah itu kian meruncing apabila dianggarkan kira-kira 4,000 premis urut didapati giat subur beroperasi secara haram di bawah kepimpinan kerajaan negeri diterajui Menteri Besarnya, Azmin Ali.

Edar Ais Krim, Katil Simbol Selangor Juara Rumah Urut

Edar Ais Krim, Katil Simbol Selangor Juara Rumah Urut

Edar Ais Krim, Katil Simbol Selangor Juara Rumah Urut

Edar Ais Krim, Katil Simbol Selangor Juara Rumah Urut

Edar Ais Krim, Katil Simbol Selangor Juara Rumah Urut

“Rumah-rumah urut ini tumbuh bagaikan cendawan segar dan ia sangat membimbangkan apabila turut menyediakan aktiviti yang tidak bermoral untuk menarik orang ramai.

“Angka 4,000 itu hanya mewakili 50 hingga 60 peratus daripada jumlah rumah urut haram di negeri ini dan ia diperoleh hasil tinjauan lebih 200 ahli persatuan sejak sebulan yang lalu,” katanya.

Edar Ais Krim, Katil Simbol Selangor Juara Rumah Urut

Edar Ais Krim, Katil Simbol Selangor Juara Rumah Urut

Edar Ais Krim, Katil Simbol Selangor Juara Rumah Urut

Ekoran isu berkenaan, Jamal yang juga Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar secara sinis mencadangkan supaya Azmin mengadakan ‘Program Rumah Urut Selangorku’ berikutan lambakan premis tidak bermoral itu.

“Di Selangor ini, sudah ada satu progres, iaitu Rumah Urut Selangorku. Inilah ‘kejayaaan’, kejayaan  yang dicipta oleh kerajaan di bawah pimpinan menteri besar,” ujarnya.

Beliau turut mengedarkan ais krim terbaharu jenama ‘Azmin Ice Cream – Sekali rasa pasti nak lagi’ kepada orang ramai sebagai gimik pelancaran program DAP bagi memeriahkan lagi acara. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Datuk Jamal Md Yunos
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jamal Kena Dakwa Lagi

13/09/2018
0

SUNGAI BESAR - Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini mengaku tidak bersalah terhadap dua...

Jamal Mohon Peguam Negara Gugur Kes

06/09/2018
0

PUTRAJAYA - Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini menyerahkan surat rayuan kepada Peguam Negara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd