• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Dua Tahun Berturut-Turut Taja AJL RM2.8 Juta’ – DSV

oleh AK-47
24/01/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALASAN mengapa Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida tidak dijemput ke Anugerah Juara Lagu (AJL), Ahad lalu, adalah kerana tempat duduk terhad.

Demikian yang dijelaskan oleh pihak pengurusan stesen TV3 kepada jutawan yang terkenal dengan tagline ‘Qu Puteh, Qu Puteh… Barulah Puteh‘ itu.

BACA: “Tiada Tempat Duduk Untuk Saya Di AJL” – DSV

Menurut pengurus besarnya,  Sherina Nordin, undangan untuk acara yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra di ibu negara itu hanya diberikan kepada pihak terlibat dan penaja sahaja.

“Tiada isu. Tempat duduk kami memang terhad.

“Jadi yang dijemput adalah penaja dan pihak terlibat,” katanya kepada ProjekMMO.

Tambahnya, penaja sebelum ini juga tidak dijemput dan pemegang tiket jemputan berhak memberikan kepada yang berkenaan.

“Tiada pula [penaja lain]. Setahu saya, kami memang memperuntukkan kepada penaja dan terlibat saja.

“Jadi kalau tiket mereka hendak diberi pada rakan-rakan, terpulang,” katanya.

Ahad lalu, Vida memuat naik video di laman Instagramnya meluahkan rasa terkilannya apabila tidak dijemput dengan alasan tiada tempat duduk disediakan.

Walhal, Vida memaklumkan telah menaja anugerah itu selama dua tahun sebelum ini.

Sementara itu, Vida percaya penganjur bimbang kehadirannya akan memberi publisiti percuma kepada rangkaian perniagaannya.

“Kalau saya bukan penaja AJL, saya penaja di TV3 juga. Mereka takut masuk muka saya, mereka akan rugi.

“Bila kamera hala ke arah saya, ada pemasaran tak suka sebab seperti pemasaran percuma. Itu yang saya tidak suka TV3,” katanya.

Menurut Vida,  dia kini tempoh bertenang untuk menaja AJL tahun depan kerana ia membabitkan kos yang besar.

Namun, susulan isu yang timbul ini, Vida akui penganjur AJL sudah mengguris hati dan membuatnya tawar hati untuk menaja anugerah itu pada masa akan datang.

“Satu malam RM2.8 juta untuk dua tahun berturut-turut. Jadi saya rehatlah sekejap.

“Tetapi bila buat macam ini seperti membunuh jiwa. Adakah saya perlu dilayan begini? Janganlah pula terhegeh-hegeh mencari saya selepas ini.

“Saya terkilan. Alasan tidak ada tempat duduk untuk ke AJL tidak masuk akal,” katanya. – MYNEWSHUB.CC.

Sumber: Projek MMO

Tags: Datuk Seri VidaDSVtv3
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Rohingya Ucap Terima Kasih Kepada PM

Next Post

Mangsa Banjir Di Johor Meningkat Kepada 1,457

Related Posts

AJL 37 Rekod 5.4 Juta Penonton

AJL 37 Rekod 5.4 Juta Penonton

15/02/2023
0

KUALA LUMPUR : Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-37 yang mengangkat single Terus Hidup ciptaan dan dendangan Aina Abdul sebagai Juara...

Vida Tawar Gaji RM10,000 Untuk Lelaki ‘Kacak’

04/12/2021
0

PETALING JAYA – Selepas tidak meneruskan hubungan atau dengan kata lain ‘gagal’ dalam percintaan dengan bekas pembantu peribadinya sebelum ini,...

Next Post

Mangsa Banjir Di Johor Meningkat Kepada 1,457

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd