Monday, May 13, 2024

Creating liberating content

Sultan Pahang Mahu Umat...

KUANTAN - Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah hari ini bertitah menyeru umat Islam...

Krisis Makanan Negara Di...

IPOH - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan agar gerakan secara besar-besaran...

Beijing Berang Aktivis Filipina...

Beijing - Kerajaan China semalam berang dengan tindakan sekumpulan aktivis Filipina yang mendarat...

Lebih 600 Kes Tibi...

TAMPIN - Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan merekodkan sebanyak 631 kes penyakit Tuberculosis (Tibi)...

Daun Ganja Digunakan Untuk Bina Jambatan

BELANDA sememangnya dikenali negara yang membenarkan pengambilan ganja di kalangan penduduknya dan terbaharu ada satu lagi kebaikan dari daun ganja yang boleh dimanfaatkan mereka selain daripada tujuan untuk ‘high’.

Terbaharu beberapa pakar penyelidik dari negara kincir angin itu mendapat idea untuk membina jambatan dengan menggunakan bahan-bahan alam sekitar bagi tujuan itu.

Menurut seorang pembantu profesor di Universiti Teknologi Eindhoven, jambatan itu merupakan jambatan bio pertama di dunia yang bakal dibina.

Daun ganja akan dicampurkan dengan bahan fiber flask yang membentuk laluan di atas jambatan yang akan menghubungkan beberapa bahagian di kawasan universiti tersebut.

Daun Ganja Digunakan Untuk Bina Jambatan


Kekukuhan bahan-bahan organik itu boleh menampung berat 500 kilogram bagi setiap meter persegi.

Mereka kini masih lagi dalam fasa ujian sebelum mendapat kebenaran daripada pihak atasan universiti untuk membinanya secara tetap dalam premis tersebut. – MYNEWSHUB.CC

Kategori