• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Datuk Ramli Din Pesuruhjaya Polis Sabah Baharu

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Bekas Ketua Polis Melaka Datuk Ramli Din dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Beliau menggantikan Datuk Abdul Rashid Harun yang bersara wajib selepas berkhidmat selama 41 tahun dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Majlis serah terima tugas antara Abdul Rashid dan Ramli berlangsung di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di sini hari ini, disaksikan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim.

Ramli dalam ucapannya berjanji akan mengekalkan legasi kepimpinan cemerlang Abdul Rashid sepanjang mengepalai kontinjen Negeri di Bawah Bayu itu.

“Saya faham dan sedar tentang kepentingan keselamatan di Sabah kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam lawatannya ke Sabah baru-baru ini telah menyatakan bahawa keselamatan Sabah berada pada tahap tertinggi.

“Oleh itu saya memerlukan kerjasama daripada semua semua pegawai kanan, anggota IPK Sabah serta ketua-ketua polis daerah dapat memainkan peranan masing-masing dalam meneruskan segala yang dirancang sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, Abd Rashid yakin Ramli mampu menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan baik.

“Sabah mempunyai cabarannya yang tersendiri, namun dengan pengalaman luas bersama PDRM dan saya percaya Ramli berupaya membantu polis kontinjen Sabah untuk terus cemerlang,” katanya.

Sementara itu, bercakap kepada pemberita selepas majlis itu Noor Rashid berkata usaha untuk membebaskan lima rakyat Malaysia yang diculik di perairan Dent Haven, Tambisan, Lahad Datu pada Julai lepas masih diteruskan.

“Matlamat kita adalah ingin memastikan kesemua mangsa dibebaskan dalam keadaan selamat dan ketika ini kesemua masih selamat,” katanya.

Masing-masing yang dikenali sebagai Abd Rahim Summas, 62, dari Kampung Tanjung Batu, Tawau; Tayudin Anjut, 45, dari Kampung Tanjung Batu Darat, Tawau; Mohd Ridzuan Ismail, 32, dari Felda Jengka 7, Bandar Jengka, Pahang; Fandy Bakran, 26, dari Kampung Pukat, Tawau dan Mohamad Jumadil Rahim, 23, dari Batu 2, Jalan Apas, Tawau, adalah kru sebuah kapal tunda. – BERNAMA

Tags: Datuk Ramli DinpolisSabah
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

PMX Anwar Dukacita Tiga Anggota Polis Maut, Arah Siasatan Menyeluruh

PMX Anwar Dukacita Tiga Anggota Polis Maut, Arah Siasatan Menyeluruh

07/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa dukacita terhadap tragedi tiga anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd