Sunday, December 8, 2024

Creating liberating content

KKM Saring Bagasi, Bungkusan...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaksanakan saringan bagasi, bungkusan pos dan kurier...

Diana, Farid Lebih Selesa...

PASANGAN selebriti popular iaitu Datin Diana Danielle dan Datuk Farid Kamil mengakui lebih kerap...

Jasa Yap Ah Loy...

PETALING JAYA – Jasa kapitan Cina Yap Ah Loy dalam membangunkan Kuala Lumpur...

Gunung Berapi Costa Rica...

SAN JOSE – Gunung berapi Turrialba di sini memuntahkan asap dan abu setinggi...

Coklat Terkenal Ferrero Rocher ‘Perisa’ Ulat

Ini sesuatu yang menjijikkan apabila produk coklat terkenal, Ferrero Rocher yang dikenali dengan keenakannya dicemari dengan ulat seperti cacing kecil.

Menerusi perkongsian video dalam akaun Facebook, We Are Malaysian Indians memaparkan kira-kira tujuh coklat itu dipenuhi dengan ulat apabila bungkusannya dibuka.

Coklat Terkenal Ferrero Rocher 'Perisa' Ulat

Dipercayai sekotak coklat tersebut dipenuhi dengan coklat apabila bungkusannya dibuka sehinggakan netizen menganggap pengeluar coklat itu menghasilkan perisa baru.

Jika dilihat dari luar kotak, tiada siapa yang menyangka coklat tersebut sudah tercemar kerana ia kelihatan bersih dan tidak rosak.


Netizen menyelar tindakan peniaga yang menjual makanan yang tercemar dan hanya mementingkan keuntungan semata-mata.

“Tindakan ini tidak berhati perut dan tidak mementingkan kualiti makanan,” komen netizen.

Ada juga menganggap coklat tersebut mungkin sudah melebihi tarikh luput makanan hingga menyebabkan ada ulat dalam coklat berkenaan.

Perkongsian video tersebut mendapat perhatian netizen dengan lebih tiga ribu tontonan, namun tidak didedahkan lokasi kejadian. – MYNEWSHUB.CC

Kategori