• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

CEO Bergelar ‘Datuk’ Dicekup SPRM

oleh AK-47
20/01/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan seorang suspek bergelar ‘Datuk’ yang juga pemangku ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Turut ditahan adalah pengurus jualan antarabangsa syarikat yang sama.

Suspek yang berusia 58 dan 36 tahun itu ditahan di bawah operasi Ops Guinea oleh sepasukan pegawai SPRM tengah hari Khamis.

Suspek yang bergelar Datuk itu ditahan di rumahnya di Tropicana Indah, di sini, manakala pengurus jualan itu ditahan di kediamannya di Taman Desa, Jalan Klang Lama.

Mereka dikatakan telah terlibat dalam amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa berkaitan sebuah projek e-pasport bagi negara di rantau Afrika.

Sumber berkata, kedua-dua suspek telah meminta wang sogokan antara tahun 2013 dan 2015.

Rasuah itu didakwa diperoleh daripada pemilik sebuah syarikat swasta yang berpangkalan di luar negara.

Difahamkan syarikat GLC berkenaan telah menandatangani kontrak dengan negara itu bagi tempoh 15 tahun sebagai persediaan untuk melaksanakan kemudahan e-pasport. – MYNEWSHUB.CC

Tags: datukrasuahSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

17/07/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Semua akaun bank milik Cropmate Berhad dan anak-anak syarikatnya yang sebelum ini dibekukan berhubung siasatan...

“Demokrasi Sudah Berubah Menjadi Macam Satu Agama” – Siti Kasim

“Demokrasi Sudah Berubah Menjadi Macam Satu Agama” – Siti Kasim

13/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Peguam dan aktivis, Siti Kasim mendakwa keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semalam menunjukkan bahawa mentaliti pengundi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd