• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Buruh Binaan Warga Indonesia Dijumpai Mati Dikelar

oleh AK-47
03/01/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Seorang buruh binaan warga Indonesia dijumpai mati dengan kesan kelar di lehernya di sebuah rumah di Taman Sri Austin, Bandar Dato’ Onn, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Sulaiman Salleh berkata mangsa yang dikenali sebagai Haryanto itu ditemui dalam keadaan tertiarap oleh rakan sekerjanya kira-kira 1 tengah hari tadi.

Hasil siasatan awal mendapati mangsa yang berusia 26 tahun itu pada ketika itu sedang menjalankan kerja pengubahsuaian seorang diri di hadapan rumah berkenaan.

“Kita juga telah menahan dua rakan sekerja mangsa berusia lingkungan 20-an yang juga buruh binaan di kawasan berhampiran bagi membantu polis menjalankan siasatan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian.

Beliau berkata sebatang spatula simen yang berlumuran darah turut dijumpai di tempat kejadian, dipercayai digunakan untuk mengelar leher mangsa.

“Motif pembunuhan masih dalam siasatan dan ketika ini polis sedang cuba menghubungi pihak majikan kepada pekerja untuk mendapat keterangan,” kata Sulaiman.

Beliau berkata kedua-dua suspek tersebut akan direman manakala mayat mangsa pula dihantar ke Hospital Sultan Ismail untuk dibedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – BERNAMA

Tags: BuruhkelarMATI
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ibu Dan Anak Empat Tahun Ditemukan Mati Di Rumah

Ibu Dan Anak Empat Tahun Ditemukan Mati Di Rumah

05/11/2025
0

KULIM: Seorang wanita dan anak perempuan berusia empat tahun ditemukan mati di sebuah rumah di Taman Perak di sini, malam...

Pelajar Mati Disyaki Jatuh Bangunan: Polis Jalankan Siasatan Menyeluruh Kesan Punca

Pelajar Mati Disyaki Jatuh Bangunan: Polis Jalankan Siasatan Menyeluruh Kesan Punca

18/07/2025
0

PAPAR: Polis sedang menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti punca kematian seorang pelajar yang ditemui pengsan di dalam longkang berhampiran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd