• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bomba Pahang Cipta Treler Penyelamat Terapung

oleh AK-47
31/01/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARAN – Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang berjaya mencipta bot pelbagai fungsi dipanggil treler penyelamat terapung (FRT) yang boleh diguna pakai atas jalan dan kawasan darat yang ditenggelami air untuk tugas menyelamat mangsa banjir.

Pengarahnya, Datuk Abdul Wahab Mat Yasin berkata bot dalam peringkat pembangunan prototaip itu merupakan hasil inovasi oleh Balai Bomba dan Penyelamat Mentakab, diterajui oleh ketua balai bomba berkenaan, Mohd Kamarudin Mohd Saufi.

Beliau berkata dengan terciptanya bot berkenaan ia berupaya mengatasi masalah melalui jalan terputus ketika banjir sewaktu melaksanakan operasi menyelamat mangsa.

Menurutnya, bot prototaip, yang mula dibangunkan pada Januari tahun lepas, telah diuji semasa operasi menyelamat mangsa banjir di Kampung Sungai Buloh di Mentakab baru-baru ini.

Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas mengiringi Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan melawat dan menyampaikan sumbangan kepada 234 mangsa banjir di pusat penempatan sementara di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Afzan, Chenor, dekat sini, hari ini.

Turut berangkat Tengku Puan, Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang juga berkenan memasak hidangan makan malam kepada kesemua mangsa banjir itu.

Abdul Wahab berkata antara kelebihan utama FRT itu adalah ia boleh bergerak atas darat sejauh 15km berbanding hanya satu kilometer bagi bot dua alam biasa.

Di samping itu, katanya, FRT itu mampu menampung keperluan logistik hingga mencecah berat 450kg pada satu-satu masa semasa di atas jalan darat serta dapat dikendalikan dengan dua anggota penyelamat sahaja.

Katanya, kos membangunkan FRT dianggarkan RM20,000 dan pihaknya merancang mempatenkan reka cipta itu bagi tujuan dikomersialkan. – BERNAMA

Tags: BombaDatuk Abdul Wahab Mat Yasin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

05/05/2026
0

PETALING JAYA – Tindakan pantas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berjaya menyelamatkan seorang wanita yang mengalami insiden jari tersepit...

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

31/01/2026
0

ALOR GAJAH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka membantu menghantar seorang lelaki obes seberat 350 kilogram ke Hospital Alor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd