• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BNM Pernah Rugi AS$10 Bilion Akibat ‘Permainan’ Tun M

oleh
29/01/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELEPAS pendedahan Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat (AS) berhubung skandal Bumiputera Malaysia Finance (BMF), kali ini nama Tun Dr. Mahathir Mohamad kian tercemar.

Berbeza isu BMF yang menyaksikan anak syarikat Bank Bumiputera itu ‘hilang’ AS$1 bilion dan seorang juruaudit mati dibunuh secara misteri bagi menutup kes, skandal Bank Negara Malaysia (BNM) ini pula jauh jauh teruk.

Sebenarnya ini baharu permulaan dan dijangka lebih banyak ‘najis’ dibuat Mahathir bakal dibongkar sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri dan mustahil beliau langsung tidak tahu atau cuba menyalahkan angkara pihak lain.

Malangnya ‘najis’ yang dilakukan Mahathir itu kemudian terpaksa ditanggung oleh pengganti beliau iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kini Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dipulihkan semula selepas rosak teruk.

Terbaharu bekas Penolong Gabenor BNM, Datuk Abdul Murad Khalid mendedahkan bank pusat itu mencatatkan kerugian AS$10 bilion (RM44 bilion) melalui kegiatan perdagangan mata wang sepanjang 1991 hingga 1993.

Ia jauh lebih besar daripada jumlah yang pernah dilaporkan media antarabangsa sebelum ini. Katanya Laporan Tahunan BNM pada 1994 hanya mencatatkan kerugian sebanyak RM9 bilion sahaja akibat kegiatan itu.

Walhal menurut beliau dalam satu sidang media tergempar di ibu negara semalam, angka sebenar adalah amat tinggi tetapi sengaja dibiarkan oleh Mahathir konon kerugian mega itu sebagai tidak menjejaskan ekonomi negara.

Menurut Abdul Murad, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) di Parlimen pernah meminta BNM memberi penjelasan tentang kerugian yang dikatakan terbesar pernah dicatatkan dalam sejarah perbankan antarabangsa itu.

KUALA LUMPUR. 28.10.99. DTK ABDULMURAD KHALID. PIX HAMSIAH ABU BAKAR.

“Apa yang pelik, tiada siasatan lanjut pernah dijalankan walaupun kerugian BNM mencecah AS$10 bilion. Pihak berkuasa hanya mempersoalkan perkara ini namun ia terhenti di situ begitu sahaja,” jelas beliau lagi kehairanan.

Isu kerugian yang dialami oleh BNM akibat kegiatan perdaga­ngan mata wang secara spekulatif itu menggemparkan negara pada 1994 namun tiada tindakan lanjut diambil terhadap pihak yang terlibat secara langsung atau dalangnya.

Pada masa itu, pelbagai pihak termasuk bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin mempersoalkan mengapa BNM dilibatkan dalam kegiatan spekulasi mata wang global yang cukup beri­siko tinggi untuk mengalami kerugian.

Bagaimanapun, Mahathir pada 3 April 1994 dilaporkan berkata, kerugian sebanyak RM5.7 bilion yang dialami oleh BNM dalam transaksi perdagangan wang asing pada 1993 konon tidak menjejaskan kedudukan kewangan negara.

Abdul Murad menambah, transaksi berbentuk spekulasi melibatkan pelbagai mata wang asing termasuk pound sterling Britain, dolar AS, mark Jerman dan yen Jepun itu direkodkan seorang kakitangan berpangkat rendah BNM.

Beliau memberitahu, sebarang kerugian dalam transaksi itu sepatutnya dilaporkan kepada Bahagian Akaun BNM namun perkara tersebut didakwa tidak berlaku seolah-olah cuba menutup kesalahan dan tiada apa-apa berlaku.

“Mereka (dalang di sebalik tabir BNM) mungkin menyembunyikan maklumat tentang kerugian besar tersebut dengan memindahkan caj kepada akaun rizab yang lain,” terang beliau yang kesal dengan permainan berkenaan.

Abdul Murad berkata, tindakan dalaman juga tidak diambil bagi memastikan pihak yang terlibat menggantikan semula dana rizab BNM yang hilang akibat transaksi berkenaan yang nilainya hari ini dianggarkan RM44.2 bilion.

“Tiada jawatankuasa dalam BNM yang memantau transaksi ini. Semuanya dilakukan oleh seorang individu,” kata beliau dan berpandangan, kegiatan spekulasi mata wang sebenarnya  adalah di luar skop tugas sebenar BNM.

Bank pusat berkenaan sepatutnya memainkan peranan aktif untuk mengawal kecairan peredaran ringgit dalam pasaran domestik dan antarabangsa agar mata wang tempatan tersebut kekal stabil tanpa ada masalah besar.

Sehubungan itu, Abdul Murad yang menyertai BNM pada 1976 sebelum meletak jawatan pada 1999, menggesa pihak berkuasa membuka semula siasatan kes tersebut malah beliau bersedia memberi kerjasama jika diperlukan.

Untuk rekod, kerugian mega itu turut menyebabkan Gabenor BNM ketika itu, Tan Sri Ahmad Mohamed Don dan timbalannya, Datuk Fong Weng Phak melepaskan jawatan mereka masing-masing sebagai memikul tanggungjawab.

Abdul Murad pernah menggemparkan negara pada 1999 apabila beliau mendedahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim memiliki 20 akaun induk bernilai RM3 bilion ketika menjadi Menteri Kewangan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: BMFBNM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dana AS$620 Juta Dipulangkan Ke Akaun Asal Dengan Kelulusan BNM – Najib

Dana AS$620 Juta Dipulangkan Ke Akaun Asal Dengan Kelulusan BNM – Najib

21/10/2025
0

PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau telah...

BNM Kekal OPR Tidak Berubah Pada 3.0 Peratus

BNM Kekal OPR Tidak Berubah Pada 3.0 Peratus

06/11/2024
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd