• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, October 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Beri Peluang Pada SPRM Untuk Siasat FELDA – Isa

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata beri peluang kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan penyiasatan mengikut kebiasaannya berhubung dakwaan penyelewengan projek pemindahan teknologi penternakan ikan Sturgeon.

Beliau berkata sudah pasti pihak pengurusan FELDA masa ini akan bekerjasama dalam memastikan penyiasatan itu berjalan lancar.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai lima orang termasuk dua bekas pegawai kanan Felda ditahan SPRM semalam kerana disyaki terlibat dalam penyelewengan projek Pemindahan Teknologi Penternakan Ikan Sturgeon bernilai kira-kira USD10 juta (RM47.6 juta) sejak 2014.

Mohd Isa ditemui selepas majlis penyerahan sumbangan kerusi roda oleh Encorp Bhd kepada Pusat Hemodialisis Mawar di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Encorp Bhd Datuk Zakaria Nordin dan Pengerusi Pusat Hemodialisis Mawar Datin Chua Lay Peng.

Bekas pengerusi FELDA itu berkata beliau mengetahui mengenai perkara itu melalui surat khabar dan televisyen semalam.

Katanya apa yang dibuat oleh SPRM adalah untuk kebaikan semua.

“Jadi, biarlah pihak SPRM menjalankan tanggungjawabnya,” katanya.

Mohd Isa berkata beliau percaya menjadi amalan biasa semasa pengalamannya, semua pegawai akan memberikan kerjasama di atas tindakan yang diambil.

“Bukan sahaja daripada pihak SPRM, tetapi bila ada audit memang semua akan memberikan kerjasama. Ia adalah suatu perkara yang biasa,” katanya.

Pada majis itu, Mohd Isa menyampaikan 10 kerusi roda kepada pusat itu. – BERNAMA

Tags: Isa SamadSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemimpin DAP Buat Laporan SPRM, Minta Siasat Zahid Isu Perbelanjaan KKDW

Pemimpin DAP Buat Laporan SPRM, Minta Siasat Zahid Isu Perbelanjaan KKDW

06/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen DAP Kampar, Chong Zhemin mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat peranan Menteri Kemajuan Desa...

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

30/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyokong tindakan tegas berhubung isu pengurusan UiTM Holdings Sdn Bhd bagi memastikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd