• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Pengarah Urusan TEKUN Didakwa Minta, Terima Suapan

oleh Ahmad Albab
09/01/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Bekas pengarah urusan dan ketua pegawai eksekutif TEKUN Nasional, Datuk Abdul Rahim Hassan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan meminta dan menerima suapan RM36,000 daripada sebuah syarikat pengutip hutang, dua tahun lepas.

Abdul Rahim, 62, yang hadir ke mahkamah memakai kemeja-T lengan panjang hijau dan berseluar hitam bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Asmadi Hussin.

Tertuduh didakwa melalui sistem pesanan ringkas (SMS) meminta suapan wang tunai RM36,000 iaitu 10 peratus daripada hasil kutipan ‘Hutang Lapuk TEKUN Nasional’ bagi bulan November 2014 daripada pemilik Syarikat Pasadana Sdn Bhd, Abdul Muhsin Abdul Rahman, 46.

Ia adalah sebagai dorongan untuk membantu mempercepatkan proses bayaran tuntutan Syarikat Pasadana bersangkutan dengan invois bertarikh 7 Januari 2015 berjumlah RM360,009.08 dan Abdul Rahim didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira 8.30 malam pada 13 Januari 2015.

Dia juga didakwa menerima suapan wang tunai tersebut sebagai dorongan untuk melakukan perkara sama di lobi Kelab Shah Alam, Seksyen 13 di sini, pada 9.30 malam, 15 Januari 2015.

Kedua-dua pertuduhan itu mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan jika sabit kesalahan, Abdul Rahim boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau denda RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi.

Hakim Asmadi membenarkan Abdul Rahim dibebaskan dengan jaminan RM18,000 serta seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan perbicaraan selama lima hari bermula 13 Mac ini.

Beliau turut menetapkan 8 Februari ini untuk pengurusan kes dan memerintahkan Abdul Rahim menyerahkan dokumen perjalanan kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Aida Adha Abu Bakar mencadangkan supaya tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM40,000 bagi kedua-dua pertuduhan.

Peguam Datuk Hasnal Redzua Merican yang mewakili Abdul Rahim bagaimanapun memohon mahkamah mengurangkan jumlah jaminan kepada RM18,000 atas alasan anak guamnya adalah pesara kerajaan dan tidak mempunyai aset di luar negara.

Pada 26 November 2015, Abdul Rahim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua pertuduhan mendapatkan suapan dengan meluluskan permohonan pinjaman program perintis TEKUN berjumlah RM200,000 kepada sebuah syarikat e-learning yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengannya.

Dia bagaimanapun dilepas tanpa dibebaskan daripada kedua-dua pertuduhan itu pada tahun lepas. – BERNAMA

Tags: SPRMTekun
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Fokuskan Tahun 2017 Sebagai Tahun Penyampaian – Najib

Next Post

Lebih 6,000 Pokok Pisang Musnah Akibat Banjir

Related Posts

‘Duit Dirampas Dalam Kes Ismail Sabri Paling Banyak Pernah Dilihat Sepanjang Karier Saya’ – Azam Baki

‘Duit Dirampas Dalam Kes Ismail Sabri Paling Banyak Pernah Dilihat Sepanjang Karier Saya’ – Azam Baki

28/05/2025
0

KAJANG: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengakui rampasan wang tunai bernilai RM177 juta dalam...

Siasatan ‘Ganjaran’ Sapura: SPRM Siasat Tan Sri, Beku 83 Akaun Babitkan Lebih RM158.26 Juta

Siasatan ‘Ganjaran’ Sapura: SPRM Siasat Tan Sri, Beku 83 Akaun Babitkan Lebih RM158.26 Juta

08/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang tokoh perniagaan bergelar Tan Sri disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes pengubahan wang haram yang...

Next Post

Lebih 6,000 Pokok Pisang Musnah Akibat Banjir

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd