• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekalan Minyak Masak Di Kedah Mencukupi – Exco

oleh Ahmad Albab
25/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI PETANI – Kerajaan Kedah memberi jaminan bekalan minyak masak bersubsidi mencukupi untuk kegunaan sepanjang musim perayaan Tahun Baharu Cina.

Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi, IMT-GT, Datuk Dr Ku Rahman Ku Ismail berkata ini susulan tambahan kuota bekalan yang diterima Kedah sejak awal bulan ini.

“Kedah terima tambahan kuota 400 tan menjadikan bekalan keseluruhan minyak masak bersubsidi 2,500 tan sebulan berbanding 2,100 tan sebelum ini,” katanya kepada pemberita selepas Pelancaran Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baharu Cina 2017 peringkat negeri, di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kedah Mohamad Fitri Hassan dan Ketua Pegawai KPDNKK Kedah Shahrudin Hamzah.

Dalam pada itu, sebanyak 13 jenis barangan harga terkawal dikuatkuasakan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baharu Cina 2017 yang bermula Isnin lalu hingga 3 Feb ini.
Antara barangan keperluan yang disenaraikan ialah ialah ayam hidup, ayam standard, ayam super, telur ayam gred A dan B, kubis bulat import, bawang putih, ikan bawal putih besar, udang putih besar, khinzir hidup, perut daging khinzir serta perut dan lemak daging khinzir. – BERNAMA

Tags: Minyak Masak
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Kerajaan Belum Rancang Salur Subsidi Minyak Masak Peket Guna MyKad

Kerajaan Belum Rancang Salur Subsidi Minyak Masak Peket Guna MyKad

17/02/2025
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan belum merancang untuk menukar subsidi minyak masak peket kepada bayaran tunai melalui MyKad kepada rakyat setakat...

‘Kecut Perut’ Dikejar Penguat Kuasa, Penyeludup Tinggal Kereta Berisi Minyak Masak

‘Kecut Perut’ Dikejar Penguat Kuasa, Penyeludup Tinggal Kereta Berisi Minyak Masak

26/10/2024
0

TUMPAT : Pemandu sebuah kereta disyaki penyeludup lari meninggalkan kenderaan membawa muatan 850 kilogram (kg) minyak masak bersubsidi untuk mengelak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd