• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir Terengganu: 27 Sekolah Ditutup Hari Ini

oleh Ahmad Albab
22/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Sebanyak 27 sekolah di Terengganu terpaksa ditutup hari ini berbanding jangkaan awal semalam iaitu hanya 13 sekolah kerana situasi banjir yang semakin buruk.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin berkata di Setiu, sembilan sekolah ditutup selepas enam sekolah ditakungi air iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Besut, SK Chalok, SK Langkap, SK Kampung Buloh, SK Sungai Las dan SK Kg Bukit.

“Dua sekolah lagi ditutup kerana terputus hubungan fizikal iaitu SK Kampung Fikri dan SK Lubuk Teras manakala SK Alur Lek Kasar ditutup kerana dijadikan pusat pemindahan mangsa banjir,” katanya kepada Bernama hari ini.

Di Hulu Terengganu pula, 14 sekolah ditutup hari ini berikutan 10 sekolah dinaiki air manakala empat sekolah ditutup kerana terputus hubungan.

Shafruddin berkata 10 sekolah itu ialah SK Tengkawang, SK Matang, SK Kua, SK Bukit Tadok, SK Lubok Periuk, SK Tengku Ampuan Intan, Sekolah Menengah Agama Mahmudiah, Sekolah Menengah Imtiaz Kuala Berang, SK Kuala Ping dan SK Getang.

“Empat sekolah yang terputus hubungan ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Jenderis, SK Teris, SK Padang Setebu dan SK Kuala Jenderis.

“Di Kemaman pula, hanya satu sekolah ditutup kerana ditakungi air iaitu SK Padang Kubu, begitu juga di Dungun, iaitu SK Minda Talong,” katanya.

Di Besut, dua sekolah ditutup hari ini iaitu SK Kampung Nangka selepas dinaiki air dan SK Tembila kerana dijadikan pusat pemindahan untuk mangsa banjir dan beberapa bangunan sekolah itu turut dinaiki air.

Penutupan 27 sekolah ini melibatkan 5,824 murid dan pelajar, 681 guru serta 168 anggota khidmat pelaksana, katanya. – BERNAMA

Tags: Banjir
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mangsa Banjir T’ganu Meningkat Kepada 4,136 Orang

Next Post

12 Barangan Di Bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan

Related Posts

Berulang-Alik Lebih 30 Kali Selamatkan Murid Terkandas Akibat Banjir

Berulang-Alik Lebih 30 Kali Selamatkan Murid Terkandas Akibat Banjir

25/03/2025
0

JOHOR BAHRU: "Nyawa lebih penting daripada barang. Kalau bukan kita yang bantu, siapa lagi?," kata Mohd Afiq Yuzaini yang menggunakan...

Daftar Nama Untuk Mudahkan Mangsa Banjir Terima Bantuan – Fadillah

Daftar Nama Untuk Mudahkan Mangsa Banjir Terima Bantuan – Fadillah

01/02/2025
0

KUCHING - Mangsa banjir di Sarawak boleh ke pejabat residen atau pusat pemindahan sementara (PPS) terdekat untuk mendaftar nama bagi...

Next Post

12 Barangan Di Bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd