Friday, June 14, 2024

Creating liberating content

2 Pusat Pemindahan Banjir...

BANDAR BAHARU - Dua pusat pemindahan banjir di daerah ini yang menempatkan 119...

450,000 Kondom Di Perkampungan...

BRASILIA - Kira-kira 450,000 kondom akan diedarkan semasa Sukan Olimpik Rio de Janeiro,...

15 Gambar Hamster Yang...

HAMSTER merupakan salah satu haiwan peliharaan yang mudah untuk dijaga.Walaupun populariti hamster ini...

Malaysia Sangkal Dakwaan Melobi...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Malaysia hari ini menjelaskan bahawa ia tidak mempunyai hubungan...

Bakal Doktor Gigi Dinobatkan Miss Universe 2017

MANILA – Seorang pelajar pergigian berusia 23 tahun dari Perancis telah dimahkotakan gelaran Ratu Universe di dalam pertandingan ratu cantik tersebut yang diadakan di Filipina.

Iris Mittenaere yang berasal dari bandar Lille di utara Perancis berkata kemenangan beliau akan menjadikan pertandingan ratu cantik tersebut lebih popular di Eropah di samping dapat membantu usaha beliau untuk menyediakan peluang persekolahan kepada kanak-kanak miskin, lapor AFP.

Sambil menekup wajahnya dengan tangan akibat terlalu terkejut dan gembira sejurus namanya diumumkan sebagai pemenang, Iris dikalungkan mahkota Ratu Universe tersebut oleh pemenang tahun lepas iaitu Pia Wurtzbach di dalam acara yang diadakan di Mall of Asia Arena di Manila Bay, Manila.

Ratu Haiti, Raquel Pelissier, 25, yang terselamat semasa kejadian gempa bumi dahsyat yang menimpa Haiti pada tahun 2010 lalu telah dinamakan sebagai pemenang tempat kedua manakala Ratu Colombia, Andrea Tovar, 23, memenangi tempat ketiga.

“Pada saya, Perancis dan Eropah benar-benar memerlukan seorang Ratu Universe,” katanya apabila ditanya dalam satu sidang akhbar selepas acara tersebut tentang bagaimana rakyat Perancis akan menerima berita kemenangan pertama Ratu Universe oleh warga negara itu dalam tempoh 60 tahun.

Pertandingan ratu cantik tidak begitu popular di Perancis berbanding di negara-negara lain seluruh dunia, namun katanya: “Rakyat Perancis akan menyukainya sekarang dan mereka akan menonton Ratu Universe setiap tahun.”


“Saya amat bangga untuk membawa pulang mahkota ini ke Eropah,” tambahnya lagi.

Kata Mittenaere lagi, beliau akan fokus memberi bantuan kepada semua kanak-kanak, terutamanya perempuan, untuk mendapatkan pendidikan di sekolah sepanjang tempoh perlantikannya. – Agensi/SK

Kategori