• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Baju Melayu, Songket Melaka Tonjol Semangat Di Zurich

oleh Ahmad Albab
06/01/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persalinan lengkap baju Melayu berserta songket yang bakal dipakai Mohd. Faiz Subri pada Anugerah Puskas 2016 di Zurich, Isnin depan, sinonim dengan semangat jati diri ditonjolkan pemain tengah Pulau Pinang itu.

Baju Melayu hitam yang dipadankan dengan songket Melaka tenunan benang emas bermotif lima kelopak bunga kesidang bernilai RM3,000 itu dihadiahkan oleh Institut Seni Malaysia Melaka (ISMMA) sebagai tanda penghormatan kepada Mohd. Faiz.

Pengerusi ISMMA, Tan Sri Dr. Abdul Latiff Abu Bakar berkata pihaknya terpanggil untuk merealisasikan hasrat Mohd. Faiz selepas membaca kenyataan pemain berusia 30 tahun itu yang mahu memakai baju Melayu pada anugerah berprestij di Zurich itu.

“Lebih terharu lagi, anak muda seperti Mohd. Faiz tidak segan silu untuk menyatakan hasratnya memakai baju Melayu di sana dan berbahasa Melayu sekiranya beliau berpeluang menyampaikan ucapan di atas pentas pada anugerah itu.

“Kami mendoakan kejayaan beliau di sana. Persalinan baju Melayu berwarna hitam dan songket sulaman benang berwarna keemasan berserta tengkolok itu memang dihadiahkan khas buat Mohd Faiz,” katanya kepada Bernama.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin mengesahkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) memberi kebenaran kepada Mohd. Faiz untuk menggayakan set persalinan lengkap baju Melayu pada anugerah itu dan bukannya sut seperti kebiasaannya pada majlis berprestij itu.

Baca: Faiz Dibenar FIFA Berbaju Melayu, Bercakap Melayu

Faiz Dibenar FIFA Berbaju Melayu, Bercakap Melayu

Abdul Latiff berkata persalinan lengkap itu pada kebiasaannya dipakai oleh orang kenamaan bagi menghadiri Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran.

“Mohd. Faiz adalah contoh wira dalam kalangan generasi muda yang bangga memperagakan baju Melayu di hadapan pemain bola terkemuka dunia, saya berharap semangat sebegitu akan menjadi contoh terbaik untuk anak muda dan pemimpin negara.

“Kalau kita lihat, orang Arab bangga memakai jubah sebagai baju kebangsaan mereka ketika menghadiri majlis di peringkat antarabangsa begitu juga dengan Jepun yang menggunakan bahasa ibunda mereka ketika berucap dan kenapa tidak kita,” katanya.

Mohd. Faiz merupakan finalis dalam kategori gol tercantik bersama-sama dua pemain lain iaitu Jonath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil dan pemain bola sepak wanita, Danisuka Rodriguez dari Venezuela.

Teknik ‘knuckleball‘ yang dicalonkan pada anugerah tersebut dilakukan Mohd. Faiz ketika menjaringkan gol melalui sepakan percuma semasa perlawanan Pulau Pinang menentang Pahang pada saingan Liga Super, Februari tahun lepas.

Sepakan melencong masuk ke gawang lawan itu membolehkan beliau bertanding menentang sembilan peserta lain pada peringkat awal, termasuk bersama-sama Lionel Messi dari Argentina dan Neymar dari Brazil untuk anugerah itu.

Anugerah Puskas dinamakan sempena penyerang legenda Hungary, Ferenc Puskas yang menjulang tiga gelaran Eropah bersama pasukan kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid dari 1959 hingga 1966.

Sejak diperkenalkan pada 2009, anugerah yang bertujuan mengiktiraf gol tercantik di dunia sepanjang sesuatu tahun itu pernah dimenangi bintang bola sepak terkenal dunia antaranya Cristiano Ronaldo, Zlatan Ibrahimovic, Neymar dan James Rodriguez. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tauke Sushi Menang Bidaan Ikan Tuna RM2.8 Juta

Next Post

Lelaki Maut Akibat Ambil Ubat `Kuat’

Related Posts

Rampasan Ganja 35kg, Pistol: Reman Isteri Doktor, Dua Anak Lelaki Disambung 6 Hari Lagi

Rampasan Ganja 35kg, Pistol: Reman Isteri Doktor, Dua Anak Lelaki Disambung 6 Hari Lagi

12/08/2025
0

KOTA BHARU: Isteri doktor bersama dua anak lelakinya yang ditahan di Ketereh, Selasa lalu untuk siasatan kes rampasan 35 kilogram...

Siasatan Pasukan Khas Bukit Aman Diharap Rungkai Punca Kematian Zara Qairina – Peguam

Siasatan Pasukan Khas Bukit Aman Diharap Rungkai Punca Kematian Zara Qairina – Peguam

12/08/2025
0

KOTA KINABALU: Pengambilalihan siasatan kes kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir oleh Pasukan Task Force daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit...

Next Post

Lelaki Maut Akibat Ambil Ubat `Kuat'

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd