• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“ATM Pun Dah Tak Selamat, Keluarkan Wang Palsu”

oleh AK-47
30/01/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AIR KEROH – Seorang lelaki terkejut apabila mendapati wang kertas RM100 yang diterimanya ketika membuat pengeluaran dari mesin ATM di sebuah bank di sini, disahkan palsu.

Menurut Mohd Azwim, dia mengeluarkan wang itu kira-kira jam 1 petang di Bukit Baru, Melaka Tengah sebelum dimasukkan ke dalam akaun bank menerusi mesin tunai automatik (CDM) tetapi gagal.

“Hati-hati ye, mesin ATM pun tak selamat, keluarkan wang palsu. Pihak bank pun tak nak bertanggungjawab,” katanya.

"ATM Pun Dah Tak Selamat, Keluarkan Wang Palsu"

Ekoran itu, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Air Keroh dan dia dimaklumkan bahawa sudah banyak kes yang sama berlaku.

Menurut isterinya Norihas, pihak bank juga enggan bertanggungjawab biarpun wang kertas itu dikeluarkan melalui mesin ATM milik bank berkenaan.

Staf bank mengatakan wang tersebut bukan dimasukkan oleh pihak bank, sebaliknya diuruskan oleh pihak yang bertanggungjawab memasukkan wang itu ke dalam mesin.

“Pekerja bank tu kata, wang dimasukkan oleh pihak safeguard, bukan wang dari bank ini, melalui staf bank ini.

“Bayangkan jika semua wang yang saya keluarkan semuanya palsu? Kita sebagai client mereka, mereka lepas tangan begitu sahaja.

“Bagaimana jika itu saja duit yang kita ada untuk berbelanja, bukankah ini sudah menganiaya pelanggan?” luahnya.

Norihas juga mengatakan beliau tidak teragak-agak untuk menutup akaunnya di bank tersebut sekiranya pihak bank masih enggan bertanggungjawab. – MYNEWSHUB.CC

Tags: aduan penggunaBankwang palsu
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Trump Ban Muslim, Pengguna Ikut Boikot Uber

Next Post

Adakah Pemandu GrabCar Maut Kerana Penat Bekerja?

Related Posts

MPV ‘Meluncur Masuk’ Dalam Bank

MPV ‘Meluncur Masuk’ Dalam Bank

12/04/2025
3

Tanjong Karang: Pelanggan sebuah bank di pekan Tanjong Karang gempar apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) 'meluncur masuk' ke dalam premis...

Wanita Dipenjara Miliki Wang Palsu, Dua Rakan Mengaku Tidak Salah

Wanita Dipenjara Miliki Wang Palsu, Dua Rakan Mengaku Tidak Salah

30/03/2023
0

Georgetown : Pekerja kedai pakaian dihukum penjara 10 bulan kerana memiliki wang palsu bernilai RM1,860 oleh Mahkamah Majistret di sini,...

Next Post

Adakah Pemandu GrabCar Maut Kerana Penat Bekerja?

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd