• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Askar Dihina: Indonesia Gantung Kerjasama Australia

oleh
04/01/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Kementerian Pertahanan Indonesia mengumumkan penggantungan segala program kerjasama dengan pihak tentera Australia sejak Disember tahun lalu ‘atas sebab-sebab teknikal’.

Perkara tersebut disahkan oleh seorang jurucakap pasukan pertahanan Indonesia di sini hari ini setelah bahan-bahan berbaur sensitif yang menyinggung perasaan dilihat di sebuah pangkalan latihan ketenteraan Australia.

“Semua bentuk kerjasama sudah pun digantung secara rasmi,” kata jurucakap Tentera Nasional Indonesia (TNI), Mejar Jeneral Wuryanto sambil menjelaskan bahawa pelbagai kegiatan dirancang juga akan terjejas teruk.

“Ada perkara-perkara teknikal yang perlu dibincangkan,” kata beliau lagi. Antara isu-isu tersebut ialah bahan latihan yang dikatakan agak menghina askar Indonesia dapat dilihat secara terbuka di sebuah pangkalan tentera Australia.

“Besar kemungkinan kerjasama antara kedua-dua pihak akan diteruskan sebaik sahaja isu-isu berbangkit tersebut dapat dihuraikan,” kata Wuryanto tanpa menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai perkara sensitif berkenaan.

Askar Dihina: Indonesia Gantung Kerjasama Australia

Dalam perkembangan lain, Indonesia turut memutuskan hubungan dengan penganalisis penyelidikan bank terkemuka, JPMorgan Chase & Co selepas firma itu mengeluarkan laporan negatif terhadap negara tersebut.

Pihak berkuasa Indonesia kini tidak lagi menggunakan JPMorgan sebagai pengatur niaga bon utamanya dan membatalkan penetapan khas bagi firma antarabangsa itu untuk melaksanakan perkhidmatan perbankan tertentu.

Perkara itu disahkan Ketua Kewangan Pejabat Dasar Fiskal Indonesia, Suahasil Nazara kepada agensi berita antarabangsa Reuters, semalam dan ia adalah kali kedua JPMorgan mencetuskan kemarahan kerajaan Indonesia.

Penganalisis ekonomi menyifatkan ia susulan pertembungan konflik yang tidak dapat dielakkan apabila JPMorgan bertegas mengeluarkan pandangan negatif terhadap negara atau syarikat yang dalam portfolio pelaburan mereka.

Bahkan dalam sesetengah kes, bank terpaksa bertindak mengubah laporan penyelidikan daripada melepaskan kontrak lumayan atau kehilangan kepakaran penganalisis ekoran ulasan negatif dilontarkan terhadap negara itu.

Askar Dihina: Indonesia Gantung Kerjasama Australia

“JPMorgan melakukan perkara yang betul dengan tidak tunduk kepada tekanan Indonesia selepas laporannya diterbitkan,” kata Profesor Kewangan dan Pengurusan Fakulti perniagaan, Universiti New York, Roy C. Smith.

“Bank antarabangsa itu bahkan bersedia untuk kehilangan kelebihan hubungannya yang agak kecil di Indonesia kerana dilihat masih tidak memberikan kesan besar kepada pendedahan laporan kewangannya.

“Ia sebenarnya kesilapan di pihak Indonesia sendiri, yang sebenarnya memerlukan banyak sokongan dan nasihat bebas daripada JPMorgan, lebih apa yang bank tersebut perlukan daripada Indonesia,” kata Smith lagi.

Dalam kes JPMorgan, penganalisis yang diterajui Adrian Mowat menurun taraf saranan pelaburannya terhadap ekuiti pegangan Indonesia kepada ‘underweight’ daripada ‘overweight’ dalam nota laporannya pada 13 November.

Bagaimanapun, jurucakap Kementerian Kewangan Indonesia, Nazara, berkata analisis JPMorgan itu tidak ‘masuk akal’ kerana ia memberikan Brazil kedudukan yang lebih baik berbanding Indonesia, apabila diberi taraf neutral.

“Kami minta JPMorgan menjelaskan penilaian, dan mereka sudah bentang, namun kami dapati hujah mereka tidak berasas, bukan kerana kita hebat, tetapi lihat sahaja ekonomi negara ini,” katanya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: AustraliaIndonesia
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Penempatan Di Khemah Sementara Mangsa Kebakaran

Next Post

PAN Dakwa Ibu Bapa 2017 Menderita Anak Ke Sekolah?

Related Posts

Indonesia Kaya, Rakyat Tak Perlu Risau Naik Turun Pasaran Saham’ – Prabowo

Indonesia Kaya, Rakyat Tak Perlu Risau Naik Turun Pasaran Saham’ – Prabowo

24/04/2025
0

JAKARTA – Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menegaskan rakyat tidak perlu bimbang dengan turun naik pasaran saham selagi negara masih mampu...

Tupperware Rasmi Tutup Operasi Di Indonesia

Tupperware Rasmi Tutup Operasi Di Indonesia

14/04/2025
0

INDONESIA - Tupperware Indonesia secara rasmi menghentikan operasinya selepas 33 tahun berada dalam kehidupan rumah tangga rakyat negara itu. Menurut...

Next Post

PAN Dakwa Ibu Bapa 2017 Menderita Anak Ke Sekolah?

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd