• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aplikasi Khusus Sempena Tahun Melawat Pahang 2017

oleh Ahmad Albab
01/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BENTONG – Kerajaan negeri Pahang memperkenalkan aplikasi Visit Pahang Malaysia bagi memudahkan pelancong mendapat maklumat dan penerangan destinasi pelancongan popular sempena Tahun Melawat Pahang (TMP2017).

Pengurus Besar Tourism Pahang Datuk Ishak Mokhtar berkata aplikasi itu dibangunkan syarikat swasta dan boleh dimuat turut secara percuma di App Store bagi pengguna telefon bimbit Apple atau Google Play untuk pengguna sistem Android.

“Aplikasi ini bukan sahaja memberi petunjuk destinasi pelancongan tetapi juga aktiviti yang boleh dilakukan di situ, tempat makanan popular dan lokasi penginapan untuk kemudahan 15 juta pelancong yang dijangka berkunjung ke negeri ini tahun ini,” katanya.

Ishak berkata demikian kepada Bernama semasa ditemui pada Majlis Sambutan Tahun Melawat Pahang di Plaza Tol Bentong di sini hari ini, yang disempurnakan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata pengguna sudah mula boleh memuat turun aplikasi itu, namun pelancaran secara rasmi akan diadakan pada 11 Jan ini di restoran Jaman Tori di Kuantan, yang merupakan destinasi makanan terkenal dengan daging salai.

Mengulas mengenai TMP2017, Ishak berkata kerajaan negeri menetapkan 20 Jan depan sebagai tarikh pengisytiharan permulaan acara pelancongan itu yang akan diadakan di perkarangan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuantan.

“Majlis itu dijadual disempurnakan Pemangku Sultan Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan pelbagai aktiviti kebudayaan yang menjadi identiti Pahang akan ditonjolkan pada hari tersebut,” katanya.

Sementara itu, Liow berkata semua penduduk Pahang perlu memainkan peranan memastikan kelancaran TMP2017 yang akan menjana pendapatan, selain memastikan semua perancangan dan komitmen kerajaan negeri menjayakan program itu berbaloi.

Liow yang juga anggota Parlimen Bentong berkata semua pihak juga perlu memberi kerjasama kepada agenda 3K bagi menarik perhatian pelancong, iaitu kebersihan, kesopanan dan keselamatan.

“Kerajaan Pahang berbelanja besar mempromosikan TMP2017 seperti bekerjasama dengan China Post pada November lalu. Hasilnya ada 60 pelawat dari China telah datang ke Bentong yang kemudiannya menjadi duta kecil mempromosikan Pahang,” katanya.

Berhubung penjualan nombor pendaftaran khas ‘VIP’ yang bermaksud ‘Visit Pahang), Liow berkata kerajaan Persekutuan telah memberi kelulusan kepada kerajaan negeri sebagai tanda sokongan kepada program pelancongan itu.

“Ini adalah bantuan kerajaan Persekutuan kerana kita faham kerajaan negeri mempunyai sumber kewangan yang terhad sedangkan promosi yang dilakukan memerlukan kewangan yang kukuh,” katanya. – BERNAMA

Tags: PelanconganTMP2017
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelancongan Mesra Maksiat Demi Ekonomi Adalah Haram – Nik Abduh

Pelancongan Mesra Maksiat Demi Ekonomi Adalah Haram – Nik Abduh

06/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menawarkan pelancongan mesra maksiat adalah haram di sisi agama walaupun dengan alasan merancakkan ekonomi negara. Ahli Dewan...

Fi Pengecualian Pembaharuan Lesen Pengusaha, Pemandu Pelancong Dilanjut 6 Bulan

Fi Pengecualian Pembaharuan Lesen Pengusaha, Pemandu Pelancong Dilanjut 6 Bulan

29/06/2022
0

PUTRAJAYA: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bersetuju melanjutkan pengecualian fi pembaharuan lesen dan lesen-lesen tambahan bagi pengusaha pelancongan dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd