• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota Polis Maut Terhempap Guni Makanan Udang

oleh Ahmad Albab
24/01/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seorang anggota polis maut akibat tertimbus guni yang mengandungi makanan udang yang terjatuh daripada sebuah lori yang terbabas di Km 41, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong, Supt Mohamad Mansor Mohamad Nor berkata Mohd Hafify Abu Bakar, 30, parah akibat dihimpit benda berat dalam kejadian 8.30 malam itu.

Beliau berkata rakan mangsa pula Zulkhairieey Zulkifli patah bahu kanan dan sedang dirawat di Hospital Bentong.

“Kemalangan dipercayai berpunca apabila lori yang membawa muatan guni serbuk makanan udang yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju Pekan hilang kawalan semasa melalui selekoh tajam.

“Ia menyebabkan muatan lori itu terjatuh dan menghempap serta menimbus mangsa yang dalam perjalanan dari Genting Sempah menuju Balai Polis Bukit Tinggi selepas selesai tugas ronda cegah jenayah,” katanya semasa dihubungi.

Setiap guni itu dipercayai seberat 50 kilogram.

Mohamad Mansor berkata lori berkenaan yang dipandu seorang lelaki berumur 35 tahun terjatuh ke dalam gaung akibat kejadian itu dan dia dirawat sebagai pesakit luar.

Beliau berkata pemandu lori tersebut mempunyai enam saman termasuk dua waran.

Mayat mangsa telah dituntut keluarganya untuk dibawa pulang ke Perak. – BERNAMA

Tags: anggota poliskemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kecoh Di Tanah Perkuburan, Dakwaan Permit Jenazah Ditahan Jadi Tumpuan

Kecoh Di Tanah Perkuburan, Dakwaan Permit Jenazah Ditahan Jadi Tumpuan

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub AMPANG – Satu insiden membabitkan urusan pengebumian jenazah di sebuah tanah perkuburan di Ampang mencetuskan kekecohan selepas keluarga...

Lagi Kemalangan Besar Di Lebuh Raya…Kali Ini  Libatkan Lori Kontena, Dua Van Dan Empat Kereta

Lagi Kemalangan Besar Di Lebuh Raya…Kali Ini Libatkan Lori Kontena, Dua Van Dan Empat Kereta

24/06/2026
0

Oleh Mynewshub GOPENG, 23 Jun 2026 – Sebanyak lapan individu terlibat dalam satu kemalangan jalan raya membabitkan sebuah lori kontena,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd