• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota Kabinet Sarawak Lafaz Ikrar Bebas Rasuah

oleh Ahmad Albab
25/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg hari ini mengetuai sembilan menteri dan 18 menteri muda negeri melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR).

Majlis disaksikan oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Dzulkifli Ahmad dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kwan.

Selesai majlis Abang Johari mempengerusikan mesyuarat kabinetnya yang pertama di Wisma Bapa Malaysia di sini.

Sementara itu, SPRM mengucapkan tahniah kepada kerajaan Sarawak yang melakar sejarah sebagai kerajaan negeri pertama menandatangani IBR yang diperkenalkan suruhanjaya itu.

Inisiatif ini memperlihatkan kesungguhan kerajaan Sarawak dalam memastikan pentadbirannya dilaksana dengan lebih telus serta bebas daripada gejala rasuah serta salah guna kuasa, kata SPRM dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini susulan majlis tersebut.

SPRM berkata IBR merupakan satu lagi usaha baharu suruhanjaya yang menekankan kepada ikrar serta janji dalam kapasiti individu oleh mereka yang diamanahkan tanggungjawab agar menghidari diri daripada terlibat dalam sebarang gejala rasuah dan salah guna kuasa sepanjang melaksanakan tugas.

SPRM berharap inisiatif itu dapat memelihara dan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap suruhanjaya dan kerajaan Sarawak dalam usaha berterusan untuk memerangi jenayah rasuah dan salah guna kuasa. – BERNAMA

Tags: Datuk Amar Abang Johari Tun Openg
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Running Man Diteruskan, Rakam Musim Baharu

Next Post

Tuah Wajah Iras Che Ta, Tudung Usahawan Ini Laku

Related Posts

Badan Bukan Islam Akan Terus Mendapat Peruntukan

24/12/2018
0

KUCHING - Komitmen kerajaan Sarawak untuk memupuk keharmonian dan pemahaman agama bukan hanya sekadar dalam bentuk lisan tetapi juga dalam...

Pendaftaran GPS: Abang Jo Ucap Terima Kasih

19/11/2018
0

SIBU - Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS)...

Next Post

Tuah Wajah Iras Che Ta, Tudung Usahawan Ini Laku

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd