• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Alif Satar Bimbang Kesihatan Merosot Menjelang Teater

oleh Ahmad Albab
06/01/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON utama Dia Semanis Honey Muzikal, Alif Satar mengakui bimbang dengan keadaan kesihatannya yang terjejas akibat demam ketika pementasan teater tersebut berbaki tujuh hari.

Alif atau nama penuhnya, Muhammad Alif Mohd Satar, 27, berkata, perkara tersebut disebabkan latihan teater berkenaan yang dilakukan sejak tiga minggu lalu.

“Latihan selama tiga minggu tanpa henti membuatkan kasihatan saya juga terjejas, sejak malam pertama saya sudah mula demam yang teruk.

“Sudah tentu rasa risau kerana pementasan masih panjang dan saya harap ia tidak menjejaskan suara saya,” ujarnya kepada mStar Online.

Alif Satar dan Siti Nordiana teraju Dia Semanis Honey Muzikal.
Alif Satar dan Siti Nordiana teraju Dia Semanis Honey Muzikal.

Alif ditemui selepas persembahan malam kedua teater Dia Semanis Honey Muzikal yang berlangsung di Istana Budaya, di ibu negara malam Rabu lalu.

Teater arahan Dira Abu Zahar dan Syed Zalihafe Syed Alwee itu dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya sejak Selasa lalu hingga 12 Januari depan.

Tambah Alif, buat masa ini dia perlu menjaga pemakanan dan mengambil makanan tambahan agar kesihatannya kembali pulih seperti biasa.

“Saya perlu mengambil banyak vitamin C dan elakkan makanan berminyak. Apa yang saya harap dapat kembali pulih dan memberikan aksi terbaik,” ujarnya.

Sementara itu, ditanya tentang persembahannya yang baik di pentas biarpun menghadapi masalah kesihatan, Alif berkata, dia mendapat semangat daripada penonton.

Katanya, dia seronok dengan reaksi penonton yang positif yang mana sedikit sebanyak memberi kekuatan kepadanya.

“Saya seronok tengok orang datang dan beri reaksi positif bila saya berada di atas pentas, itu membuatkan saya bersemangat dan kuat.

“Bila muzik berbunyi saya terus terlupa tentang kesakitan,” ujarnya.

Dalam pada itu, keserasian dengan penyanyi Siti Nordiana, kata penyanyi lagu Akhiri Penantianku ini hubungan persahabatan mereka diteruskan biarpun selepas drama Dia Semanis Honey itu berakhir Mei lalu.

“Tidak susah untuk dapat keserasian dengan Siti Nordiana kerana kami masih lagi berhubung walaupun sudah habis drama itu. Bukan dia sahaja malah pelakon-pelakon lain pun masih rapat lagi,” ujarnya. – mStar Online

Tags: alif satarpenyanyi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Misteri Tangisan Budak Sengsara Tengah Malam

Next Post

Mia Ahmad Banyak Pakai Duit Sendiri Untuk Kahwin

Related Posts

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

21/12/2024
0

NARATHIWAT: Penyanyi dikir barat dari Kelantan yang didakwa ditahan bersama 6,000 pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok dekat...

32 Penyanyi, Pemuzik Saman PRISM Berhad

32 Penyanyi, Pemuzik Saman PRISM Berhad

13/09/2022
0

SHAH ALAM: Seramai 32 penggiat seni merangkumi penyanyi dan pemuzik memfailkan satu notis usul berserta afidavit bagi mendapatkan kebenaran Mahkamah...

Next Post

Mia Ahmad Banyak Pakai Duit Sendiri Untuk Kahwin

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd