• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aksi Swafoto Ekstrem ‘Tempah’ Maut 2016

oleh AK-47
05/01/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MEMANJAT bangunan tinggi atau melakukan aksi ekstrem untuk mendapatkan gambar swafoto yang cantik sudah menjadi trend sama ada di dalam mahupun di luar negara.

Namun, bagi mendapatkan gambar selfie itu sudah tentunya berdepan dengan risiko kematian kerana kebanyakkannya tidak menggunakan kaedah keselamatan yang betul.

Aksi Swafoto Ekstrem 'Tempah' Maut 2016

Tahun lalu negara digemparkan dengan aksi selfie pekerja penyelenggara di atas puncak Menara Kuala Lumpur namun kelima-lima pekerja tersebut menjelaskan memanjat bangunan tinggi adalah sebahagian daripada pekerjaan mereka yang dilengkapi dengan alat keselamatan.

Lain pula ceritanya kali ini, apabila gambar selfie dan video melibatkan lima lelaki dan tiga perempuan berusia 20 hingga 24 tahun yang memanjat mercu tanda ‘Ipoh’ menjadi viral di media sosial Isnin lalu.

Aksi Swafoto Ekstrem 'Tempah' Maut 2016

Pembukaan tahun 2017 ini melihatkan aksi lasak lapan remaja tu mendapat kecaman netizen sehingga mereka dipanggil untuk memberi keterangan di balai polis Kampung Tawas, Ipoh.

Aksi Swafoto Ekstrem 'Tempah' Maut 2016

Tahun 2016 sahaja beberapa kes melibatkan kemalangan akibat ‘sibuk’ berselfie dilaporkan di negara ini iaitu antaranya:

4 Januari – Seorang warga Myanmar ditemui mati lemas selepas terjatuh di celah batu di Teluk Cempedak, Kuantan ketika swafoto bersama rakan.

20 April – 5 penuntut Universiti Malaysia Kelantan (UMK) jatuh gaung pada ketinggian 30 meter di Bukit Kluang, Jertih, Terengganu. Dua lelaki dan tiga perempuan berusia 20 tahun hanya cedera dan diselamatkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Walaupun kematian ketika berselfie tidak banyak namun jika ianya berterusan sudah tentu akan mencapai angka seperti yang berlaku di negara India.

Kajian yang dilakukan Universiti Carnegie Mellon mendapati 127 orang mati pada 2016 akibat berselfie dan India mencatatkan kematian tertinggi di dunia.

Susulan itu, pihak berkuasa mengeluarkan larangan ‘berselfie’ di 16 lokasi dan individu yang mendapati melanggar larangan ditetapkan kerajaan India akan dikenakan denda sebanyak 1,200 rupee (RM73.60).

Berikut kejadian selfie yang menyebabkan kematian dilaporkan berlaku di luar negara pada 2016 iaitu antaranya:

5 Januari – Seorang pelajar komunikasi berusia 19 tahun maut selepas terjatuh dari bumbung sebuah kondominium 20 tingkat di Ermita, Manila. Mangsa dikatakan memanjat tembok ketika mengambil gambar swafoto.

Aksi Swafoto Ekstrem 'Tempah' Maut 2016

20 Januari – Nikhil Prajapati, 23 maut selepas dari benteng di Mahrangarh Fort, India ketika berselfie dari ketinggian 400 kaki.

5 April – Seorang pelajar berusia 16 tahun, Manjeet Choudhary, maut selepas jatuh tergelincir ketika mengambil swafoto di atas binaan batu di zoo di Hyderabad, India.

Aksi Swafoto Ekstrem 'Tempah' Maut 2016

9 April – Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun maut digilis kereta api ketika mengambil gambar selfie berdekatan landasan di Foshan, Selatan China.

Jelas dapat disedari kini, bergambar swafoto ini bukan hanya merakam kenangan tetapi juga jika salah ‘langkah’ boleh menjadi gambar ‘terakhir’. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Aksigambar selfielasakmautSwafoto
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bahana Jalan Berlubang  – Anggota Trafik Maut

Bahana Jalan Berlubang – Anggota Trafik Maut

06/03/2026
0

KUALA BERANG – Seorang anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu maut selepas motosikal yang dinaikinya terbabas...

Budak 11 Tahun Maut, 2 Adik Kritikal Diberi Minum Metadon Oleh Ibu

Budak 11 Tahun Maut, 2 Adik Kritikal Diberi Minum Metadon Oleh Ibu

11/02/2026
0

KAJANG: Seorang kanak-kanak lelaki maut, manakala dua adiknya kritikal selepas dipercayai diberi minum Metadon oleh ibu kandung mereka sendiri, pagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd