• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ada ‘Panjang Tangan’ Di Pusat Pemindahan Banjir

oleh AK-47
11/01/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALAHAI… Sudahlah rumah dinaiki air, ada pula yang ‘panjang tangan’ dengan melakukan aktiviti mencuri di dalam pusat pemindahan banjir di Pantai Timur ketika musim tengkujuh itu.

Perkara ini dikongsikan seorang sukarelawan, Beng Khieu yang memuat naik status kekesalannya mengenai kejadian itu selain mengambil barang hak milik kerajaan tanpa kebenaran di sebuah pusat di Tumpat, Kelantan.

“Rupanya susu diberi (namun) dibalas Klorox, bukan semua tapi segelintir, kepada mangsa-mangsa banjir tu, ingatlah setiap barang yang kalian kebas (curi) masa keluar dari pusat pemindahan ini tidak halal.

“Makanan tu oklah tapi macam tikar, khemah tu tak moleklah weh., itu barang kerajaan untuk memberi kemudahan kepada mangsa banjir bukannya barang yang boleh bawa balik,” tulisnya dalam status di Facebook.

Menurut Beng Khieu lagi, bukan setakat makanan yang hilang tetapi barangan asas lain seperti khemah dan tikar yang disediakan oleh pihak kerajaan kepada mangsa banjir ‘lesap’.

“Itu barang kerajaan untuk memberi kemudahan kepada mangsa banjir, bukannya barang yang boleh bawa balik.

“Tiap tahun jumpa masalah macam ini, sedarkah sebahagian dari kalian, kita baru melepasi gelombang pertama banjir,” tulisnya.

Sukarelawan Kongsi Kes 'Panjang Tangan' Di Pusat Pemindahan Banjir

Beng Khieu turut menjelaskan perkara seumpama itu sering berlaku sehingga menyukarkan tugas sukarelawan ketika ingin memberikan bantuan yang sewajarnya kepada mangsa banjir

“Bila kamu kebas, fikirkan mangsa gelombang kedua dan mungkin kamu sendiri termasuk dalam kumpulan itu. Malulah weh perangai panjang tangan itu. Tuhan nampak apa yang kamu buat itu,” tulisnya.

Kerajaan menyediakan khemah, tikar dan pelbagai peralatan lain kepada ribuan mangsa banjir bagi memberikan kemudahan dan keselesaan kepada mereka.

Namun, peralatan tersebut tidak boleh dibawa pulang kerana akan digunakan pada masa akan datang tetapi ada pihak yang tidak bertanggungjawab masih bersifat ‘degil’.

Status Beng Khieu turut mendapat perhatian netizen apabila antara mereka yang berkongsi pengalaman sama ketika pernah menjadi sukarelawan.

“Dah la segelintir mangsa menjadi ‘pemangsa’, mereka sanggup berjaga sampai 2 hingga 4 pagi untuk curi barangan dari tempat simpanan. Pandai pula buat aduan kepada pihak tertentu tidak puas hati dan tuduh orang lain kebas.

“Hingga kan khemah “IM4U” yang disediakan pun, mereka kebas buat balik dalam diam. Banyak lagi masalah di kalangan mangsa yang tidak endahkan peraturan serta tegahan yang diberikan,” tulis Ninewisketwo Kcm.

Kejadian banjir yang bermula pada 31 Disember lalu merekodkan hampir 15,000 mangsa di tujuh daerah termasuk Pasir Mas, Tumpat, Tanah Merah, Jeli dan Kuala Krai. – MYNEWSHUB.C

Tags: mangsa banjirMencuripusat pemindahan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Anugerah Puskas: Faiz Raih Insentif Berjumlah RM150,000

Next Post

‘Sesumpah’ Uber / Grab: SPAD, JPJ Selaras Kuat Kuasa

Related Posts

TMJ Titah Sukarelawan Segera Bantu Mangsa Banjir

TMJ Titah Sukarelawan Segera Bantu Mangsa Banjir

23/03/2025
0

JOHOR BAHRU: Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, menitahkan sukarelawan Southern Volunteers memberi bantuan segera kepada mangsa banjir. Tunku Mahkota...

Daftar Nama Untuk Mudahkan Mangsa Banjir Terima Bantuan – Fadillah

Daftar Nama Untuk Mudahkan Mangsa Banjir Terima Bantuan – Fadillah

01/02/2025
0

KUCHING - Mangsa banjir di Sarawak boleh ke pejabat residen atau pusat pemindahan sementara (PPS) terdekat untuk mendaftar nama bagi...

Next Post

‘Sesumpah’ Uber / Grab: SPAD, JPJ Selaras Kuat Kuasa

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd