• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

8,130 Orang Masih Berada Di 73 Pusat Pemindahan Di Johor

oleh Ahmad Albab
26/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Keadaan banjir di Johor masih belum reda dengan bilangan mangsa meningkat kepada 8,130 orang di 73 pusat pemindahan setakat 6 pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata pada pukul 10 malam tadi, 8,045 orang berada di pusat pemindahan.

Mereka merupakan penduduk daerah Segamat, Kota Tinggi, Kluang, Muar dan Tangkak.

“Di Segamat, mangsa yang berada di 54 pusat berjumlah 6,206 orang daripada 1,781 keluarga berbanding 6,213 orang daripada 1,783 keluarga malam tadi.

“Di Tangkak, seramai 1,534 orang daripada 392 berada di 12 pusat; Kota Tinggi (lima orang daripada tiga keluarga di sebuah pusat); Kluang (211 mangsa daripada 56 keluarga di empat pusat) dan Muar (174 mangsa daripada 45 keluarga di dua pusat),” katanya dalam satu kenyataan.

Ayub berkata setakat ini hanya daerah Johor Bahru, Mersing dan Batu Pahat yang telah ditutup pusat pemindahannya.

Daerah Kulai dan Pontian tidak terjejas dengan banjir. – BERNAMA

Tags: Johormangsa banjir
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lelaki Miliki Alat Sulit Terpanjang Jadi Pelakon Porno

Next Post

Banjir: Seramai 569 Mangsa Di Perak Pagi Ini

Related Posts

Johor Kini Kuasa Ekonomi Baharu Negara – Tunku Mahkota Ismail

Johor Kini Kuasa Ekonomi Baharu Negara – Tunku Mahkota Ismail

16/05/2025
0

ISKANDAR PUTERI - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa bangga dengan pencapaian Johor yang kini muncul sebagai kuasa...

TMJ Titah Sukarelawan Segera Bantu Mangsa Banjir

TMJ Titah Sukarelawan Segera Bantu Mangsa Banjir

23/03/2025
0

JOHOR BAHRU: Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, menitahkan sukarelawan Southern Volunteers memberi bantuan segera kepada mangsa banjir. Tunku Mahkota...

Next Post

Banjir: Seramai 569 Mangsa Di Perak Pagi Ini

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd