• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

8 Lelaki Ditahan Buat & Jual Air Ketum Di Sungai Siput

oleh Ahmad Albab
12/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI SIPUT – Polis menahan lapan lelaki tempatan disyaki membuat air ketum dan menjualnya dalam satu serbuan di Kampung Talang Tengah, Jalan Felda Lasah di sini semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sungai Siput Utara Perak DSP A. Pamnaswaran berkata bertindak atas maklumat, kesemua suspek berusia antara 23 hingga 52 tahun itu ditahan pada pukul 5 petang ketika sedang memproses daun ketum di sebuah rumah papan.

“Hasil pemeriksaan di rumah tersebut, polis merampas sejumlah 380 bungkusan atau 142.5 liter cecair disyaki air ketum yang diletakkan dalam sebuah tong ais yang dianggarkan bernilai RM1,200.

Polis turut merampas antaranya satu set peralatan memasak, sebuah tong gas, 12 kotak ubat batuk jenis Bena, dua buah periuk aluminium serta 30 plastik lutsinar,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Siput di sini hari ini.

Pamnaswaran berkata hasil siasatan mendapati kesemua suspek mampu menghasilkan kira-kira 400 bungkus air ketum dan dijual pada harga RM2.50 sebungkus.

Pamnaswaran berkata anggaran hasil jualan air ketum itu antara RM800 hingga RM1,000 sehari di sekitar daerah Sungai Siput.

Menurutnya hasil soal siasat ke atas suspek mendapati bekalan daun ketum itu diperoleh di Langkap, Teluk Intan.

“Kebiasaannya suspek membeli sebanyak 10 kilogram yang bernilai RM300 yang mana cara pembelian dilakukan dengan pembekal menghantar terus kepada suspek menerusi sebuah van,” katanya.

Beliau berkata seorang daripada lapan suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkata dadah dan hasil ujian air kencing mendapati tiga daripada lapan suspek positif dadah jenis methamphetamine.

“Operasi ini berjaya menumpaskan sindiket pengedaran air ketum di sekitar kawasan Sungai Siput,” katanya.

Beliau berkata kesemua suspek direman empat hari bermula hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952. – BERNAMA

Tags: air ketumpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd