• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

8 Lagi Mayat Penumpang Bot Pancung Karam

oleh AK-47
27/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menemui lapan lagi mayat lelaki pendatang asing tanpa izin (PATI), yang hilang dalam tragedi bot pancung karam di perairan Tanjung Leman pada Isnin, hari ini.

Timbalan Pengarah Maritim Wilayah Maritim Selatan Kapten Maritim Saiful Lizan Ibrahim berkata mereka ditemui terapung kira-kira 7.30 pagi di kedudukan lima batu nautika selatan Pulau Mungging, Kota Tinggi iaitu kira-kira 60 batu nautika dari tempat bot itu karam.

Beliau berkata penemuan itu menjadikan jumlah mangsa yang dijumpai setakat ini adalah 24 orang yang terdiri daripada tujuh wanita dan 17 lelaki.

Selain itu, dua mangsa lagi iaitu seorang lelaki dan wanita dijumpai selamat.

“Operasi hari keempat hari ini melibatkan pencarian di perairan Tanjung Sedili hingga ke perairan Teluk Ramunia yang sejauh 60 batu nautika

“Ia melibatkan empat aset APMM dan operasi akan diteruskan bagi mencari saki baki mangsa yang lain,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Bot pancung itu, yang membawa 40 PATI warganegara Indonesia, dipercayai berlepas dari Batam pada 8 malam pada Ahad sebelum terbalik dipukul ombak kuat di perairan Tanjung Rhu kira-kira 4.30 pagi. – BERNAMA

Tags: bot pancungMayatPati
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat dan Perumahan (REACH) memuji Jabatan Imigresen melaksanakan operasi besar-besaran terhadap...

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

18/12/2025
0

Rembau: Mayat yang belum dikenal pasti ditemui di belakang sebuah rumah tidak didiami di Kampung Batu 4, Pedas, di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd