Monday, September 16, 2024

Creating liberating content

Catur Dalam Senarai Akhir...

KUALA LUMPUR - Sukan Para ASEAN kesembilan akan menampilkan 16 sukan, dengan catur...

Pondok Gazebo Sekolah Runtuh,...

BANGI - Lima murid Sekolah Kebangsaan Jalan Empat, Seksyen 4, Bandar Baru Bangi,...

PM Doakan Kejayaan Ekspedisi...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendoakan kejayaan tiga...

Boeing Akan Jual Pesawat...

GEELONG - Syarikat pengeluar pesawat, Boeing memperkenalkan sebuah pesawat tanpa juruterbang baharu di...

7 Warga Asing Ditahan Dalam Op Dadu Semalam

SEREMBAN – Polis menahan tujuh warganegara asing termasuk seorang wanita dalam Op Dadu (Mesin Perjudian) di sebuah premis di Jalan Rasah di sini, semalam.

Setiausaha Jawatankuasa Bertindak Judi Siber negeri, Tajul Ariffin Muhamad berkata mereka yang berumur antara 17 dan 72 tahun itu terdiri daripada masing-masing dua lelaki warganegara Myanmar dan Vietnam serta masing-masing seorang lelaki warganegara China dan Indonesia serta seorang wanita warganegara Indonesia.

“Kita turut merampas wang tunai berjumlah RM579, 17 set komputer dan satu modem. Kesemua tangkapan dan rampasan dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban untuk tindakan selanjutnya,” katanya di sini, hari ini.

Katanya operasi dua jam bermula 4.45 petang itu, disertai tiga pegawai dan 20 anggota polis Cawangan D7 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori