• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

57 Pelacur, GRO Warga Asing Ditahan Di George Town

oleh Ahmad Albab
31/01/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Seramai 45 pelayan pelanggan (GRO) terdiri daripada wanita dan pondan warga asing ditahan dalam operasi Jabatan Imigresen Putrajaya di sebuah pusat hiburan di Lebuh Farquhar, di sini, awal pagi ini.

Jurucakap jabatan berkenaan berkata mereka yang ditahan dalam operasi bermula pukul 1 pagi itu terdiri daripada 32 wanita dan 13 pondan warga Thailand berumur antara 20 dan 35 tahun yang bekerja di pusat hiburan berkenaan.

“Semasa serbuan itu kebanyakan mereka sedang leka melayan pelanggan dan ada juga yang cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran penguat kuasa, namun gagal kerana kami terlebih dahulu mengepung premis tersebut,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, turut ditahan seorang lelaki dan dua wanita tempatan berusia 30-an yang merupakan majikan serta penjaga premis hiburan berkenaan.

“Selain itu, kami turut merampas wang tunai sebanyak RM5,678 dan satu pasport palsu,” katanya.

Sementara itu, jurucakap berkenaan berkata seramai 12 pelacur warga asing ditahan dalam satu operasi berasingan di sebuah hotel, di Jalan Macalister, di sini, kira-kira pukul 2 pagi ini hasil risikan dan juga maklumat awam sejak seminggu lepas.

Katanya semua pelacur yang ditahan itu terdiri daripada warga Thailand serta Vietnam dan mereka berusia dalam lingkungan 20-an.

“Mereka menjadikan bilik hotel itu sebagai lokasi mencari pelanggan dan mengenakan bayaran RM150 hingga RM200 kepada setiap pelanggan,” katanya.

Beliau berkata semua 57 warga asing itu ditahan kerana tiada dokumen perjalanan diri, tinggal lebih masa dan menyalahgunakan pas lawatan sosial mereka.

Kesemua mereka dibawa ke pejabat Jabatan Imigresen di Seberang Jaya untuk didokumentasi sebelum dihantar ke Depoh Tahanan Juru bagi siasatan lanjut, katanya. – BERNAMA

Tags: GROwarga asing
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan khas terhadap penjaja warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa...

2 Tahun Bersekedudukan Dengan Tukang Rumah Warga Asing Hingga Lahir Anak

2 Tahun Bersekedudukan Dengan Tukang Rumah Warga Asing Hingga Lahir Anak

14/10/2025
0

Muar: Wanita dicekup pegawai dan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) selepas disyaki bersekedudukan dengan lelaki warga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd