• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Kawasan Aktif Denggi Dikenal Pasti Di Lahad Datu

oleh Ahmad Albab
17/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LAHAD DATU – Panel Penasihat Klinik Kesihatan Sabah mengenal pasti tiga lokaliti yang aktif kes wabak denggi di sini, awal tahun ini.

Pengerusinya, Stanley Chin Yat Min berkata tiga kawasan itu adalah Taman Aman 1, Kampung Tabanak dan Taman Warisan yang merekodkan 11 kes di ketiga-tiga kawasan berkenaan sejak awal tahun ini.

“Taman Aman Satu mencatatkan lima kes, diikuti dengan empat kes di Taman Warisan dan dua kes lagi dilaporkan di Kampung Tabanak.

“Kesemua kes melibatkan pesakit berumur lingkungan enam hingga 24 tahun,” katanya dalam satu perjumpaan bersama Pegawai Kesihatan Lahad Datu Dr Valentine Japule Gantul di sini, hari ini.

Chin berkata, penyumbang kepada punca pembiakan nyamuk Aedes di kawasan itu termasuk faktor cuaca, tempat pembuangan sampah serta kepesatan projek pembangunan di kawasan sekitarnya.

“Musim tengkujuh turut mempercepatkan lagi proses pembiakan nyamuk kerana jentik-jentik ini lebih mudah teradaptasi menjadi nyamuk dewasa,” katanya.

Bagaimanapun, katanya Jabatan Kesihatan daerah giat membuat pemantauan di premis dan kawasan kediaman bagi mengawal pembiakan nyamuk di sekitar Lahad Datu.

Beliau juga menggalakkan agar masyarakat di sini meluangkan masa selama 10 minit untuk membersihkan kawasan di sekitar kediaman bagi mengekang penularan pembiakan nyamuk aedes.

Dalam pada itu, Chin berkata pengusaha tapak pembinaan di daerah ini juga diingatkan supaya menjaga kebersihan dan memastikan tiada takungan air yang berpotensi untuk pembiakan aedes di kawasan pembinaan masing-masing.

Sementara itu, beliau berkata sepanjang 2016, Lahad Datu merekodkan peningkatan kes demam denggi iaitu 195 kes berbanding 99 kes pada tahun sebelumnya.

“Laporan itu sekali gus menjadikan Lahad Datu sebagai daerah kelima tertinggi kes demam denggi di Sabah tahun lalu,” katanya. – BERNAMA

Tags: denggi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lonjakan Denggi Ancam Singapura

09/06/2022
0

SINGAPURA – Pemerintah Singapura menyatakan bahawa republik itu sedang berdepan dengan situasi kecemasan bagi wabak demam denggi selepas mencatatkan lonjakan...

Denggi Naik 70 Peratus, HFMD Masih Paras Amaran Di Selangor

13/05/2022
0

SHAH ALAM : Kes demam denggi di Selangor mencatatkan peningkatan 70 peratus iaitu sebanyak 9,357 kes dilaporkan setakat ini. Ikuti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd