• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

25 Individu Ditahan Kes Kematian 5 Warga Myanmar

oleh Ahmad Albab
17/01/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERDANG – Polis menahan 25 individu bagi membantu siasatan kes lima warga Myanmar yang maut dalam pergaduhan di Kawasan Perindustrian Sri Serdang di sini, awal bulan ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat berkata mereka yang berusia antara 20 hingga 50 tahun itu ditahan secara berperingkat sejak kejadian itu.

Menurut Fadzil, mereka yang ditahan adalah warga Myanmar dan orang tempatan yang merupakan pekerja di kawasan perindustrian itu.

“Kes masih dalam siasatan dan kami percaya dapat selesaikan kes ini dalam masa terdekat. Tiada rampasan senjata setakat ini dan motif kejadian masih dalam siasatan,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Pelupusan Mesin Komputer Perjudian di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang di sini, hari ini.

Beliau berkata dua mangsa yang cedera dalam kejadian itu berada dalam keadaan stabil.

Pada 6 Jan lepas, lima warga Myanmar maut manakala dua lagi rakan mereka cedera parah dalam pergaduhan menggunakan parang di kawasan perindustrian berkenaan.

Terdahulu, pada majlis itu, polis Selangor melupuskan sebanyak 1,312 mesin komputer perjudian bernilai RM140,000 yang dirampas tahun lepas. – BERNAMA

Tags: kes bunuhwarga asing
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan khas terhadap penjaja warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa...

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd