• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Beradik Diselamatkan Jiran Daripada Kebakaran

oleh Ahmad Albab
15/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Dua kanak-kanak dipercayai adik-beradik berjaya diselamatkan jiran mereka daripada terperangkap dalam kebakaran di rumah mereka di Jalan Landak Kawan, Taman Abad, dekat sini, malam tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru Ibrahim Omar berkata dua kanak-kanak berkenaan dipercayai berseorangan di rumah ketika kejadian berlaku pada kira-kira 11 malam.

“Bagaimanapun, kanak-kanak perempuan dan lelaki masing-masing berusia 11 dan tiga tahun itu telah diselamatkan orang awam sebelum bomba tiba di lokasi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ibrahim berkata ketika ditemui, kedua-dua mereka yang tidak mengalami sebarang kecederaan bagaimanapun berada dalam keadaan trauma atas kejadian yang menimpa mereka.

Hasil pemeriksaan lanjut, tiada dokumen milik pemilik rumah dan kedua-dua kanak-kanak itu ditemukan di dalam rumah berkenaan.

“Tiga jentera dan 17 anggota dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan pada 11.34 malam. Kebakaran itu mengakibatkan bilik tidur di rumah terbabit terbakar hampir 70 peratus,” katanya.

Beliau berkata operasi tamat sepenuhnya pada 12.27 tengah malam.

Punca dan anggaran kebakaran masih dalam siasatan. – BERNAMA

Tags: kanak-kanakkebakaran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

15/02/2026
0

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui rentung, manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd