• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zon Perdagangan Bebas Digital Bawa Manfaat – KKMM

oleh Ahmad Albab
07/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) yang akan dilaksanakan suku pertama tahun depan di lokasi terpilih di Lembah Klang bakal memberi beberapa manfaat termasuk insentif cukai dan prosedur pemeriksaan kastam yang lebih pantas.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia dalam jawapan bertulis di Dewan Negara hari ini berkata pelaksanaan inisiatif itu akan menarik lebih banyak bakat berkemahiran tinggi selain menawarkan kemudahan mendapatkan bakat dari dalam serta dari luar negara khususnya melalui pas visa bagi individu berkemahiran dan berpengetahuan dalam bidang khusus.

“Inisiatif DFTZ ini masih dalam perancangan di mana pelaksanaannya akan melalui proses konsultasi dengan pihak berkaitan dan kelulusan dari pelbagai pihak bertanggungjawab,” kata kementerian itu.

DFTZ secara konsepnya merupakan mikrokosma atau lokasi fizikal setempat yang menawarkan persekitaran yang kondusif bagi syarikat-syarikat dalam sektor ekonomi Internet menjalankan kegiatan ekonomi berteraskan Internet dan digital termasuk aktiviti perdagangan, penyediaan perkhidmatan serta pembangunan dan penghasilan penyelesaian.

Kementerian itu menjawab soalan Senator Datuk Jamilah Sulaiman mengenai faedah yang akan diperoleh daripada konsep DFTZ.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan berkata Malaysia akan merangka pakej menarik dalam DFTZ bagi menggalakkan lebih ramai masyarakat menyertai sektor e-Dagang di negara ini. – BERNAMA

Tags: KKMMperdagangan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penyakit Tibi Bukan Wabak, Masih Terkawal – Dr Zaliha

Anwar, Trudeau Bincang Langkah Perkukuh Perdagangan, Pelaburan

18/11/2023
0

SAN FRANCISCO - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatnya dari Kanada, Justin Trudeau membincangkan kaedah untuk memperkukuh...

Enam Syarikat Telekomunikasi Sokong Usaha Bantuan Banjir KKMM

07/01/2022
0

KUALA LUMPUR: Inisiatif Ops Bantu Hingga Selesai (Ops BAHIS) anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) bagi membantu rakyat Malaysia yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd