Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Kematian Difteria Di Sabah...

SANDAKAN – Seorang kanak-kanak lelaki yang meninggal dunia akibat penyakit Difteria di daerah...

Syahmi Sah Milik JDT

JOHOR BAHRU : Spekulasi mengenai pasukan mana Syahmi Safari akan berhijrah pada saingan...

Mangsa Janji Harapan Palsu...

PARA pekerja MMC-Gamuda yang masa depan mereka tidak menentu sekarang ini bukan satu-satunya...

Perayaan Kemahkotaan Sultan Johor...

JOHOR BAHARU - Istiadat Menurun Bendera Meletak Kerja dilakukan hari ini sebagai simbolik...

Wanita OKU Tak Boleh Lalu Angkara Pemilik Kereta Ini

DASAR pentingkan diri sendiri. Seorang wanita Orang Kelainan Upaya (OKU) mendapat susah apabila tidak dapat keluar menuju ke kenderaannya.

Ia gara-gara sebuah kereta Honda menghalang laluan di antara tempat parking dan pintu masuk bangunan di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Petaling Jaya.

Insiden pada Isnin lalu itu lantas menyebabkan mangsa terpaksa naik ke tingkat enam dan turun semula ke tingkat lima dengan melalui jalan kereta.

Wanita OKU Tak Boleh Lalu Angkara Pemilik Kereta Ini

Wanita OKU Tak Boleh Lalu Angkara Pemilik Kereta Ini

Berang dengan sikap pemilik kereta tersebut, suami kepada mangsa kemudian memuat naik status dan gambar meluahkan rasa kecewanya menerusi akaun Facebooknya, Ajam Pacheat.

Menerusi gambar yang dikongsi, kereta berwarna kelabu bernombor plat JNC 9699 itu diletakkan di hadapan ruang masuk bangunan dan tiada ruang untuk kerusi roda wanita berkenaan melaluinya.


“Dek kerana selfish empunya kereta ni, wife aku tak dapat keluar menuju ke kereta kami.

“Kami terpaksa naik ke tingkat 6 dan turun semula ke tingkat 5 melalui jalan kereta dengan hati2.

“Aku rasa jemu nak carot2 dalam FB ni… Jadikan pengajaran. Jangan jadi bodoh,” tulisnya.

Posting Ajam menarik perhatian netizen sehingga menjadi tular dikongsi lebih 1,400 kali. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori