• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Maut Kereta Rempuh Pokok Kelapa Sawit

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seorang wanita pekerja kedai makan maut manakala kakaknya cedera apabila kenderaan yang dinaiki mereka terbabas sebelum merempuh pokok kelapa sawit di jalan besar Jengka 22, Maran dekat sini, awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri Supt Mohd Noor Yusof Ali berkata pada kemalangan pukul 1.40 pagi itu, mangsa Sunarti Abdul Rani, 33, yang memandu kereta jenis Perodua Viva disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Kakaknya, Rosmah, 36, yang patah tangan kiri dan kaki kanan serta cedera di seluruh badan dikejarkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di Temerloh selepas menerima rawatan di Hospital Jengka, tambahnya.

“Kemalangan dipercayai berpunca apabila mangsa yang dalam perjalanan dari Kuala Krau, Temerloh ke Jengka 23 gagal mengawal kenderaan sebelum terbabas dan merempuh pokok kelapa sawit di kiri jalan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Pada kejadian berasingan, Mohd Noor berkata seorang pelajar Kolej Komuniti Kuantan Amir Zafri Abdul Aziz, 18, maut selepas kereta yang dipandunya merempuh sebuah treler di Kilometer 41, Jalan Kuantan-Kemaman, di sini pada pukul 6.50 pagi tadi.

Beliau berkata Amir Zafri yang beralamat di Taman Geliga 2, Kemaman dipercayai gagal mengawal kereta Perodua Kelisa menyebabkannya beliau memasuki laluan treler berkenaan yang dalam perjalanan dari Kuantan ke Kemaman.

“Kereta itu hilang kawalan sebelum berpusing dan pemandu treler tidak dapat menekan brek kerana jarak yang terlalu hampir. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala,” katanya.

Mohd Noor menambah pemandu treler berusia 38 tahun tidak mengalami kecederaan.

Beliau menambah siasatan kedua-dua kes dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

Tags: kemalangan mautKuantan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekadar menasihatkan pemandu supaya lebih berhati-hati di jalan raya tidak mencukupi untuk menangani isu kemalangan dan kehilangan...

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara terkenal, Harith Iskander menggesa masyarakat supaya tidak mempolitikkan tragedi kemalangan maut di Simpang Renggam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd