Thursday, June 20, 2024

Creating liberating content

Laut Bergelora Sukarkan Nelayan...

DUNGUN - Keadaan laut bergelora dengan ombak setinggi 5.5 meter beserta angin selaju...

Trump Tidak Serik Jumpa...

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang dikecam kerana mengadakan sidang...

Padah Curi Di Parkir,...

MELAKA - Gara-gara mencuri pelbagai jenis barang bernilai lebih RM10,000 di tiga tempat...

Adam Tiba Di Mahkamah...

KUALA LUMPUR - Ketua Angkatan Muda Keadilan, Datuk Adam Rosly tiba di Mahkamah...

Wad Kecemasan Hospital Seberang Jaya Jadi Tumpuan

BUTTERWORTH – Wad kecemasan Hospital Seberang Jaya di sini malam ini, menjadi tumpuan selepas berlakunya insiden pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhempas di Pangkalan Udara Butterworth, petang ini, yang mengorbankan seorang juruterbang.

Tinjauan Bernama di hospital itu mendapati 10 anggota TUDM memenuhi perkarangan hospital berkenaan bagi menguruskan mangsa-mangsa yang terlibat.

Mayat juruterbang itu tiba di perkarangan hospital tersebut pada 7.30 malam, manakala tiga lagi mangsa yang cedera turut mendapat rawatan di situ.

Difahamkan, seorang anggota dipercayai pembantu juruterbang yang cedera parah akan dibawa ke Hospital Pulau Pinang.

Sehingga kini, anggota keluarga mangsa yang terlibat masih belum kelihatan di hospital kerana difahamkan kesemua mangsa bukan penduduk tempatan dan mereka berpangkalan di Alor Setar, Kedah.

Pihak hospital ketika ini sedang menjalankan bedah siasat terhadap mayat juruterbang itu.


Sementara itu, di Hospital Pulau Pinang kelihatan dua kenderaan pacuan empat roda TUDM bersiap sedia menanti seorang anggota yang cedera parah, yang akan dipindahkan ke hospital itu dari Hospital Seberang Jaya untuk menerima rawatan lanjut.

Tinjauan Bernama mendapati tiga pegawai sedang menunggu mangsa terbabit sejak 8 malam.

Dalam kejadian pada 5.18 petang itu, sebuah pesawat jenis Beechcraft B200T terhempas di Pangkalan TUDM Butterworth, menyebabkan juruterbangnya maut, manakala tiga yang lain cedera. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori