• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UTC Melaka Bukti Kerajaan Komited, Prihatin Bantu Rakyat

oleh Ahmad Albab
28/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Pusat Transformasi Bandar (UTC) Melaka, yang berfungsi sebagai pusat perkhidmatan sehenti sejak empat tahun lepas, membuktikan komitmen dan keprihatinan kerajaan dalam menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk rakyat negeri ini.

Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) Tan Sri Mohd Ali Rustam, yang bertanggungjawab membawa inisiatif itu ke Melaka berkata, kemudahan itu dapat menjimatkan masa dan wang orang ramai dalam berurusan dengan jabatan dan agensi kerajaan serta swasta.

“Strategi menghimpun semua agensi kerajaan di dalam satu bangunan ternyata memudahkan rakyat menyelesaikan urusan mereka tanpa perlu ke pelbagai lokasi bagi melakukan urusan berbeza pada waktu yang sama,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Selain itu, katanya waktu operasi UTC sehingga hujung minggu memudahkan mereka yang bekerja pada Isnin hingga Jumaat.

UTC Melaka, yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 23 Jun 2012, kini beroperasi di Jalan Hang Tuah di sini selepas berpindah dari Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, Ayer Keroh.

Mohd Ali yang juga bekas Ketua Menteri Melaka berpendapat pusat perkhidmatan sehenti pertama negara itu perlu melaksanakan penambahbaikan bagi memastikan ia menjadi pusat perkhidmatan terunggul kepada masyarakat.

“Justeru itu, saya berharap agar UTC Melaka pada masa hadapan akan terus memberi keselesaan kepada pengunjung termasuk mengambil perhatian isu berkaitan ruang letak kenderaan yang agak terhad,” katanya.

Pada masa ini, terdapat 70 agensi kerajaan serta swasta termasuk Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Pengangkutan Jalan, PUNB, Tekun Nasional, Bank Simpanan Nasional, DMDI Finance House dan Bank Rakyat di UTC Melaka.

Selain itu, UTC Melaka juga menyediakan kemudahan seperti Klinik 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia, perpustakaan awam, pusat belia, pusat kecergasan, bilik mesyuarat, seminar dan kafe siber.

Tinjauan Bernama di UTC Melaka di sini, hari ini mendapati ramai yang mengambil peluang cuti hujung tahun untuk menyelesaikan urusan di beberapa agensi kerajaan di situ.

Jurutera Mohd Fadzli Mohd Fadzal, 32, berkata UTC merupakan inisiatif kerajaan dalam menyediakan pelbagai perkhidmatan utama kerajaan dan sektor swasta untuk komuniti bandar di dalam satu pusat sehenti.

“UTC juga ‘keluar’ daripada kepompong perkhidmatan awam dengan memberi perkhidmatan kepada rakyat sehingga 10 malam termasuk di hujung minggu,” katanya yang bertugas di negeri itu.

Pensyarah Azwan Azemi, 33, pula berharap rakyat dapat memanfaatkan kemudahan di UTC sebagai menghargai usaha kerajaan menyalurkan perkhidmatan yang kreatif dan inovatif. – BERNAMA

Tags: KerajaanUTC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - "Sebagai rakyat Malaysia, kita bersyukur dengan usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan demi kestabilan ekonomi negara" Demikian...

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Memang sejak dulu peningkatan harga minyak disebabkan oleh faktor global, bukan kerana kerajaan sesuka hati mahu menaikkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd