• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tukar Agama: Undang-Undang Persekutuan Atasi Negeri

oleh Ahmad Albab
10/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pindaan Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2006 oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis bagi membenarkan hanya seorang daripada ibu bapa untuk mengislamkan anak mereka adalah kuasa prerogatif negeri tersebut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata mana-mana negeri boleh meluluskan undang-undang atau melakukan pindaan kepada mana-mana undang-undang yang sedia ada di bawah bidang kuasa mereka seperti dijelaskan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun, katanya, undang-undang persekutuan mengatasi undang-undang negeri jika berlaku ketaktekalan.

Mengulas keputusan DUN Perlis itu semalam, katanya, Rang Undang-undang (RUU) yang dibentangkan oleh kerajaan bagi meminda Pindaan Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (LRA), jika diluluskan, maka ia menjadi undang-undang Persekutuan.

“Perkara 75 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan mana-mana undang-undang yang tidak konsisten dengan undang-undang Persekutuan maka ia tidak terpakai dan undang-undang Persekutuan akan digunakan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata cadangan pindaan LRA, antara lain mewajibkan bagi kedua-dua ibu bapa memberi persetujuan sebelum anak mereka memeluk Islam, akan dibahaskan di Dewan Rakyat pada tahun depan.

“Cadangan pindaan kepada LRA juga mungkin memerlukan untuk pindaan perlembagaan yang merupakan Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan untuk menggantikan perkataan ‘ibu atau bapa’ kepada perkataan ‘ibu dan bapa’,” katanya.

Azalina berkata buat masa ini, terdapat tiga lagi enakmen negeri yang membenarkan kedua-dua ibu bapa memberikan kebenaran untuk menukar agama anak kepada Islam iaitu enakmen di Selangor, Pulau Pinang dan Terengganu.

Katanya, kerajaan komited untuk menyelesaikan isu berkenaan secara menyeluruh dan input daripada semua pihak akan dipertimbangkan.

“Saya harap semua pihak akan melihat cadangan pindaan itu secara objektif dan mengelak daripada mempolitikkanya untuk apa-apa sebab atau terlalu awal mengeluarkan sebarang kenyataan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Tukar Agama
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Gempa Aceh: MERCY Malaysia Hantar Pasukan Beri Bantuan

Next Post

Pengendali Kren Tidak Kompeten Punca Kemalangan

Related Posts

KPM Siasat Dakwaan Guru Minta Murid Tukar Agama

KPM Siasat Dakwaan Guru Minta Murid Tukar Agama

09/02/2023
0

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) menjalankan siasatan awal bagi mendapatkan kesahihan maklumat berkaitan dakwaan guru yang meminta murid untuk menukar agama....

Satu Pihak Sahaja Perlu Untuk Tukar Agama

30/11/2016
0

PUTRAJAYA - Hanya kebenaran ibu atau bapa diperlukan untuk menukar agama seorang anak bawah umur kepada agama Islam, demikian Mahkamah...

Next Post

Pengendali Kren Tidak Kompeten Punca Kemalangan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd