• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TLDM Laksana Latihan Kebakaran Kapal Dalam Pangkalan

oleh Ahmad Albab
15/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dari Markas Wilayah Laut 1 (Mawilla 1) di sini hari ini, buat julung kalinya mengadakan latihan kebakaran kapal di dalam pangkalan bagi menguji kesiapsiagaan menghadapi bencana itu.

Ketua Staf Mawilla 1 Kept Mohd Kindil Md Akim berkata latihan bertujuan menguji kecekapan, koordinasi dan jalinan kerjasama antara TLDM dengan agensi terlibat, jika berlaku kebakaran.

Antara agensi itu ialah Jabatan Bomba dan Penyelamat cawangan Gebeng, Bomba TLDM Kuantan, Pusat Perubatan Angkatan Tentera (PPAT), Depoh Peluru Wilayah 1 dan Kuantan Port Corporation Sdn Bhd.

“Latihan melibatkan KD Terengganu dengan senario kebakaran bermula di bilik jentera iaitu di bahagian enjin utama kapal sebelum merebak ke bahagian lain termasuk bilik janakuasa dan tempat simpanan peluru.

“Semua 91 anak kapal KD Terengganu terlibat, khususnya kumpulan Mencegah Kebajiran dan Melawan Api (MKMA) memandangkan mereka adalah pasukan pertama yang bertindak jika berlaku kebakaran,” katanya selepas tamat latihan di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang di sini, hari ini.

Mohd Kindil menambah secara keseluruhannya latihan selama dua jam itu melibatkan 150 kakitangan dan pegawai, tiga jentera bomba, sebuah bot tunda serta sebuah ambulans.

Mohd Kindil turut melahirkan rasa puas hati dengan tempoh masa tindakan semua anggota iaitu lima minit oleh pasukan MKMA KD Terengganu, Bomba TLDM (tiga minit) manakala bomba dari Balai Gebeng tiba sembilan minit selepas menerima panggilan.

“Kebakaran ini juga melibatkan senario KD Terengganu gagal diselamatkan selepas api marak selama hampir 40 minit menyebabkan kapal perlu dilepaskan dari pangkalan dan ditarik ke laut,” katanya.

Mohd Kindil menambah pihaknya akan menilai keseluruhan operasi sepanjang latihan bagi tujuan penambahbaikan prosedur menghadapi bencana dan meningkatkan tahap kecekapan anggota.

Sementara itu, Penguasa Kanan II Bahagian Operasi Pahang Asrul Riezal Asbar turut memuji kecekapan pasukan KD Terengganu mengawal situasi kebakaran, selain berjaya memastikan peralatan memadam api berfungsi serta diselenggara mengikut jadual.

“Latihan ini juga memberi gambaran kepada bomba tentang apa yang perlu dilakukan jika berlaku kebakaran dalam pangkalan TLDM. Tugasan lebih lancar apabila pegawai bertugas telah membuat analisis risiko dan akan memberi maklumat itu kepada bomba,” katanya. – BERNAMA

Tags: TLDM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Seorang Maut, 18 Selamat Dalam Insiden Bot Karam Di Perairan Pulau Perak

Seorang Maut, 18 Selamat Dalam Insiden Bot Karam Di Perairan Pulau Perak

27/11/2025
0

Seorang Maut, 18 Selamat Dalam Insiden Bot Karam di Perairan Pulau Perak Oleh Mynewshub  LANGKAWI, 27 November – Seorang individu...

Sembilan Individu Terkandas Akibat Tanah Runtuh Di Pulau Jarak Diselamatkan TLDM

Sembilan Individu Terkandas Akibat Tanah Runtuh Di Pulau Jarak Diselamatkan TLDM

27/11/2025
0

Sembilan Individu Terkandas Akibat Tanah Runtuh di Pulau Jarak Diselamatkan TLDM Oleh Mynewshub  LUMUT, 27 November – Hujan lebat berterusan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd