• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tilapia Sungai Nil Sudan Jadi Tarikan Pelancongan

oleh AK-47
01/01/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KHARTOUM – Mungkin tidak banyak rakyat Malaysia yang tahu bahawa Sungai Nil di Sudan, ya, Sudan, bukan Mesir, mempunyai banyak ikan tilapia yang merupakan ikan kegemaran rakyat Sudan.

Sungai terpanjang di dunia itu menjadi sumber ikan popular tersebut dan memberi peluang kepada sekumpulan wartawan Bernama yang melawat negara itu, dengan Sudan News Agency (SUNA) sebagai hos mereka, untuk menikmati kelazatan ikan berkenaan, lebih-lebih lagi apabila digoreng rangup dan dicicah dengan sejenis sambal istimewa.

Tentu ramai yang ingin tahu apakah yang istimewa sangat tentang ikan ini. Bagi warga Sudan, Ahmed Abdulagi, 48, tilapia Sungai Nil sangat lazat dan isinya lebih lembut daripada tilapia di tempat lain.

“Orang Sudan guna tilapia untuk dibuat kari, digoreng dan dikeringkan. Ikan ini paling enak jika dimakan dengan sambal yang diadun daripada cili, limau, garam dan mentega kacang,” katanya kepada Bernama.

Ahmed berkata tilapia segar mudah didapati kerana nelayan menangkapnya setiap hari di sepanjang Sungai Nil, sama ada dengan menggunakan kaedah tradisional seperti pukat, atau kaedah moden dengan menggunakan bot.

Bagaimanapun, ikan lazat ini kini hanya untuk bekalan domestik sahaja dan belum dieksport, katanya.

Mustafa Makky, pemilik tempat menjamu selera, ‘Samakuna Restaurant’ (Ikan Kita) di sini, berkata tilapia Sungai Nil kini menjadi tarikan pelancong, terutama di Khartoum.

Beliau membeli 200kg ikan itu setiap hari daripada orang tengah untuk dihidangkan kepada pelanggannya.

“Tilapia boleh didapati dari Sungai Nil Putih dan Sungai Nil Biru. Oleh kerana mendapat permintaan tinggi, harga ikan ini juga semakin meningkat,” katanya.

Beliau berkata sebelum ini harga ikan itu hanya tujuh Pound Sudan (RM4.8) sekilogram, tetapi kini boleh mencapai hingga 30 SDG (RM20.7) sekilogram.

Bagi pasukan Bernama yang terdiri daripada enam anggota dan diketuai Timbalan Ketua Pengarang (Perkhidmatan Berita Dalam Negeri), Datuk Mokhtar Hussain, tilapia Sudan adalah paling lazat yang pernah mereka rasa serta mempunyai potensi untuk dieksport.

Khartoum, ibu negara dan bandar raya kedua terbesar Sudan, terletak di pertemuan antara Sungai Nil Putih, yang mengalir ke utara dari Tasik Victoria, dan Sungai Nil Biru, yang mengalir ke barat dari Ethiopia.

Tempat pertemuan dua sungai dikenali sebagai ‘al-Mogran’, ertinya, kuala. Sungai Nil utama mengalir ke utara ke arah Mesir dan Laut Mediterranean.

Tasik Victoria adalah sebuah tasik luas yang terletak di timur Afrika Tengah di sepanjang garisan khatulistiwa serta bersempadan dengan Uganda, Kenya, dan Tanzania. – BERNAMA

Tags: IkanSungai NilTilapia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ratusan Ikan Mati, Terapung Di Sungai Ketil

Ratusan Ikan Mati, Terapung Di Sungai Ketil

28/07/2025
0

GUA MUSANG: Kejadian ratusan ikan mati di Sungai Ketil, dekat Taman Rekreasi Rimba Wangi, Taman Wangi, di sini, dua hari...

Ikan, Hidupan Laut Mati Akibat Air Pasang Merah Di Pulau Pinang

Ikan, Hidupan Laut Mati Akibat Air Pasang Merah Di Pulau Pinang

28/08/2023
0

GEORGETOWN : Kerajaan Pulau Pinang akan memanggil Jabatan Perikanan Negeri dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd