• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Tiada Pertemuan Rasmi Fattah, Keluarga Saya”

oleh Ahmad Albab
22/12/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelakon Neelofa menjelaskan tiada sebarang pertemuan rasmi untuk memperkenalkan Fattah Amin dengan pihak keluarganya seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Neelofa atau Noor Neelofa Md Noor, 27, berkata, ia hanyalah salah faham dan pertemuan yang dimaksudkan oleh aktor itu kepada pihak media adalah perjumpaan secara tidak rasmi di majlis-majlis umum.

“Terdapat banyak salah faham pada laporan sebelum ini bahawa dia (Fattah) sudah bertemu keluarga saya. Dia bertemu keluarga saya bukan dalam satu majlis peribadi antara dia dengan keluarga saya.

“Beberapa kali pertemuan mereka di majlis-majlis perkahwinan dan jamuan makan sahaja. Bila orang salah tafsir kenyataan itu ia akan jadi jauh daripada realiti sebenar berbanding apa yang terjadi,” ujarnya kepada mstar Online.

"Tiada Pertemuan Rasmi Fattah, Keluarga Saya"
Fattah dan Neelofa rapat menerusi drama Suri Hati Mr Pilot. Foto dari Instagram Neelofa.

Neelofa ditemui pada majlis pelantikkannya sebagai duta Kad Muslimah Bank Rakyat di Menara Kembar Bank Rakyat di sini, Selasa.

Pengacara Meletop ini menjelaskan tindakannya memuat naik tentang penjelasan hubungannya di laman sosial Instagram berkaitan kenyataan Fattah Amin baru-baru ini.

Fattah dalam kenyataan minggu lalu dilaporkan sudah bertemu dengan keluarga Neelofa dan meminta restu untuk berkawan rapat.

Bagaimanapun, Neelofa berkata, keluarganya memahami dan tidak pernah mencampuri perkara tersebut.

“Ibu dan ahli keluarga lain faham dan dia orang tidak marah atau bertanya banyak tentang hal itu, mereka tahu saya boleh kendalikan perkara ini dengan baik. Cuma kalau saya berdiam ayah saya akan call tanya sama ada saya dalam keadaan baik atau tidak.

“Saya kesal ramai yang mula memberi andaian baik dan kurang baik serta tidak sedap didengar berkaitan perkara itu,” ujarnya.

Sementara itu, Neelofa berkata, dia dan keluarganya akan berangkat tanah suci Makkah bagi menunaikan ibadah umrah pada 27 Disember ini.

Dalam perkembangan lain dia kini sedang sibuk membuat perancangan menghasilkan Naelofa Hijab untuk sambutan Hari Raya pada tahun hadapan.

Terdahulu, Neelofa memberi komen wujud orang ketiga dalam hubungan rapat dia dengan Fattah.

Bagaimanapun, dia enggan mengulas lanjut tentang perkara berkenaan. Dia juga berharap peminat mendoakan yang terbaik dalam apa juga yang dilakukan selepas ini. – mStar Online

Tags: Fattah AminNeelofa
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Fattah, Fazura Bercerai Talak Satu

Fattah, Fazura Bercerai Talak Satu

07/10/2024
0

SHAH ALAM: Selepas tujuh tahun, pasangan pelakon terkenal, Fattah Amin dan Nur Fazura sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah...

Fazura Failkan Perceraian Terhadap Fattah Amin

Fazura Failkan Perceraian Terhadap Fattah Amin

13/09/2024
0

Kuala Lumpur: Aktres terkenal, Nur Fazura Sharifuddin memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd