Sunday, March 3, 2024

Creating liberating content

Penumpang AirAsia X Selamat...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) menyifatkan kesemua penumpang AirAsia X flight...

Padah Pemandu Terkucil Di...

Manchester - Seorang pemandu dalam kes langgar lari memberi alasan memandu melulu sehingga...

Amy Mastura Tak Malu...

KUALA LUMPUR - Ketika amalan mendapatkan rawatan botoks menjadi pilihan sebilangan wanita untuk...

PRN: 20 Peratus Keluar...

KUCHING - Sebanyak 20 peratus daripada pemilih berdaftar di Sarawak sudah keluar untuk...

Tiada Istilah Tunang, Kami Dalam Berkenalan – Kaka

“EH mana ada tak betullah. Tak ada apa pun. Kelakar la cerita ini. Tak ada niat untuk bertunang. Tak ada apa pun. Ya, kami (dengan Rody) baru mengenali hati budi tapi tak ada istilah bertunang.”

Itulah kata-kata yang terpacul daripada mulut penyanyi Kaka Azraff apabila dihubungi oleh sebuah portal hiburan tempatan; Media Hiburan bagi mengesahkan desas-desus yang tersebar.

Khabar angin itu mendakwa Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff bakal bertunang dengan pemain gitar kumpulan Kristal; Rody pada 1 Januari tahun hadapan.

Tiada Istilah Tunang, Kami Dalam Berkenalan - Kaka

Tiada Istilah Tunang, Kami Dalam Berkenalan - Kaka

Difahamkan juga persiapan majlis bagi pertunangan tersebut telah pun dibuat dan diumumkan kepada keluarga, adik beradik, saudara mara dan rakan-rakan terdekat.

Namun menurut portal itu lagi, majlis pertunangan itu terpaksa ditangguhkan pada saat akhir atas permintaan sebuah stesen televisyen.

Walau bagaimanapun, pelantun single Bukan Hal Aku ini tidak menafikan bahawa dia dan Rody sedang mengenali hati budi masing-masing.


“Namun saya berharap agar semua dapat mendoakan yang baik-baik. Saya perempuan tak boleh cakap hal ini, tak manis kan. Saya juga perlu menghormati keluarga kedua belah pihak,” jelas Kaka.

Tambah wanita berusia 27 tahun ini lagi, dia sudah kenal lama dengan Rody sejak menjadi pembantu peribadi Ella sekitar tahun 2008 namun perkenalan itu belum lagi serius.

Malah Kaka juga meminta netizen serta peminat-peminatnya dan Rody mendoakan yang terbaik untuk perhubungan mereka dan akan memaklumkan kepada umum sekiranya ada khabar gembira. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Media Hiburan

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori